Tag: Virus


Hadiah Review Majalah IM dan Virus Jahat!

May 27th, 2009 — 8:06am

Tanggal 23hb lalu (Sabtu), saya telah menerima satu hadiah yang begitu bermakna. Hadiah tersebut datangnya daripada pihat Penerbit Majalah IM sendiri, Team Flarebiz & krew penerbitan Majalah IM sendiri. Oleh itu, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat mereka yang terlibat terutamanya saudara Labanon dan Cik Fatin.

Mengenai hadiah tersebut, saya telah menerima sebuah buku yang bertajuk Bisnes SMS Cara Pantas yang dikarang oleh Irwan Dahnil. Dulu selalu tersilap menyebut nama beliau, terpanggil Irwan Dunhill…ahah… Buku ini membincangkan topik bagaimana hendak menjana kewangan melalui SMS.

Setakat ini saya memang tidak pernah memiliki mahu pun membaca buku-buku tulisan Irwan Dahnil ini. Sekarang, sedikit sebanyak saya sudah pun tahu bagaimana menjana kewangan melalui medium tersebut. Siapa sangka SMS pun boleh buat duit. Kalau anda praktikkan, mesti anda boleh jadi macam Maestro nanti…wow!

Continue reading »

2 comments » | News

Laptop saya…bermasalah?

August 7th, 2008 — 7:18am

Sudah tiga hari saya tak meletakkan apa-apa post di blog ini. Jika anda sering mengikuti perkembangan blog ini, tentu anda akan perasan. Jadi, maafkan saya…

Anda tahu sebab apa? Ya, saya dapat rasakan laptop saya bermasalah sejak terkena virus Ahad lalu… Oh, malangnya…

Saya tak dapat melayari internet lagi walaupun saya cuba menggunakan Internet Explorer (selalunya saya menggunakan Mozilla Firefox). Adakah ini disebabkan oleh kehadiran Encik Virus yang mengganggu hidup laptop saya?

Mula-mula saya berpendapat sedemikian, tapi ada kejadian pelik pula di pagi hari ini. Saya dah boleh surf internet dengan menggunakan Mozilla! Kalau kata Encik Virus sudah men’disable’kan aplikasi ini, kenapa saya boleh membukanya kembali?

Semalam saya sudah pun cuba men‘download’ aplikasi Anti Virus BitDefender, namun terlalu lambat. Saya terpaksa menutup kembali laptop sebelum saya keluar. Jadi, adakah ia berkaitan?

Saya nak try melakukan scan secara online dengan menggunakan laptop kawan serumah, tapi saya tidak tahu bagaimana untuk setup… Sungguh bermasalah. Jika anda tahu, harap dapat membantu.

Oleh itu, saya tak begitu pasti sampai bila laptop saya benar-benar pulih. Tak dapat nak menghantar servis ke mana-mana lagi…oh! Buat anda semua, doakan laptop saya kembali baik ya. Terima kasih!

8 comments » | Life Story

Back to top