February 7th, 2010 — 1:32am
Projek Affilliate Domination menghadapi beberapa masalah untuk setup blog. Disebabkan itu, saya terpaksa berjumpa dengan pakar Wordpress dari www.Catzer.com. Kami melepak di satu sudut restoran Pak Li’s Kopitiam di Ole-Ole Mall Seksyen 18, Shah Alam. Nasib baiklah tak tersesat, dapat juga berjumpa dengan Ole-Ole Shah Alam ni..hoho…

Alhamdulillah segalanya selesai bila Catzer berjaya menolong saya menyiapkan blog tersebut. Kami sempat menyembang hingga berjam-jam lamanya di kopitiam tersebut sambil mencicip air kedondong masam manis yang sangat best. Tambah pula dengan Nasi Ayam Lemon, benar-benar mengujakan!
Anyway, thanks to Catzer sebab dapat meluangkan masa berkongsi cerita dan pengalaman dengan saya. Ada beberapa cadangan menarik yang telah kami bincangkan dan akan saya aplikasikan selepas ini, Insya-Allah. Harapan saya mudah-mudahan ia dapat berjalan seperti yang dirancang.
Continue reading »
10 comments » | Affiliate Domination
December 30th, 2009 — 12:01pm
Merujuk kepada ebook The Top Six Super Affiliate Millionaire Secret yang ditulis oleh Mark Ling (Affilorama), rahsia kedua yang penting ini ialah mengenai kajian market. Kaedah ini membantu kita mencari profitable niche yang dapat menukarkan pelawat menjadi pelanggan kita.

Cara yang diajarkan oleh Mark Ling memang sangat mudah. Sila ke Amazon.com dan lakukan perkara berikut:
- Cari produk yang mempunyai review yang melebihi 20
- Komisyen sekurang-kurangnya USD15 dan ke atas
It’s better jika anda ambil produk digital untuk dipromosikan sebab selalunya komisyen untuk produk non-digital adalah sedikit. Jika produk yang anda mahu promosikan daripada laman Amazon.com ini mempunyai komisyen USD15 ke bawah, lebih baik anda promosikan produk-produk digital yang ada di laman web lain seperti Clickbank.com dengan menggunakan niche yang telah anda cari di Amazon.com.
Continue reading »
2 comments » | Tips Affiliate