[Aff.D] Day 3-7
February 7, 2010 | 8 Comments
Projek Affilliate Domination menghadapi beberapa masalah untuk setup blog. Disebabkan itu, saya terpaksa berjumpa dengan pakar Wordpress dari www.Catzer.com. Kami melepak di satu sudut restoran Pak Li’s Kopitiam di Ole-Ole Mall Seksyen 18, Shah Alam. Nasib baiklah tak tersesat, dapat juga berjumpa dengan Ole-Ole Shah Alam ni..hoho…

Alhamdulillah segalanya selesai bila Catzer berjaya menolong saya menyiapkan blog tersebut. Kami sempat menyembang hingga berjam-jam lamanya di kopitiam tersebut sambil mencicip air kedondong masam manis yang sangat best. Tambah pula dengan Nasi Ayam Lemon, benar-benar mengujakan!
Anyway, thanks to Catzer sebab dapat meluangkan masa berkongsi cerita dan pengalaman dengan saya. Ada beberapa cadangan menarik yang telah kami bincangkan dan akan saya aplikasikan selepas ini, Insya-Allah. Harapan saya mudah-mudahan ia dapat berjalan seperti yang dirancang.
