October 6th, 2009 — 7:30am
Sambungan entry Cashflow Game (Part 1)…
Ok, benda-benda lain yang turut mewarnai kehidupan bulanan kamu yang lain seperti peluang selain daripada doodads. Peluang ni terbahagi kepada dua, small deal atau big deal. Kalau kamu berpeluang untuk membeli stock, apa kata kamu berstrategi untuk menambah pendapatan dengan membelinya sedikit untuk masa hadapan. Jika berpeluang untuk buat big deal seperti membeli rumah, lakukan segera!

Jangan sampai hilang langsung peluang yang ada, namun masih perlu berstrategi. Game ini seperti menekankan konsep beli stock, ada luck dapatlah kita merasa peratus tambahan kenaikan harga stock. Tapi Pakcik Warren Buffet kata, kalau tak tahu jangan buat. So, semestinya dia tak bergantung pada luck semata-mata di dunia realiti sebenar kita kan?
Lain-lain, aku diajar sebab mengapa kita mesti bersedekah kepada yang memerlukan. Konsep yang diketengahkan ialah, jika kamu bersedekah tentu pendapatan kamu akan bertambah dari sumber-sumber yang kamu tak tahu. Hurmm, serius hebat Rich Dad aku ni, dalam tak sedar dia ajar aku apa kelebihan sedekah seperti yang Islam ajarkan, WOW!
Continue reading »
8 comments » | Life Story
July 19th, 2009 — 1:49am
Berbekalkan sedikit ilmu kewangan yang aku pelajari, aku dapat membeli sedikit stock dan memperoleh untung daripadanya. Aku juga menghabiskan bayaran retail debt yang tinggal. Namun, nasib sekali lagi tidak menyebelahi aku kerana aku kena retench sekali lagi..huhu… Adakah ini suratan hidupku…?

Selama beberapa waktu juga aku berkeadaan begitu. Namun, tiba masanya hidupku berubah bila aku berpeluang menjual satu-satunya rumah yang pernah aku beli dengan pulangan berganda. Oh, hebat rasanya! Tak pernah aku rasa sebegitu dalam hidupku.
Aku mula memainkan strategi aku sekali lagi, aku try membuat big deal pula. Aku berpeluang membeli sebuah rumah yang lebih kurang sama seperti dulu dengan bayaran down payment yang tak seberapa dengan pulangan $220 juga setiap bulan. So, passive income aku bertambah sedikit.
Continue reading »
21 comments » | Life Story
July 31st, 2008 — 3:01am

Robert T.Kiyosaki sering menceritakan pengalaman hidup beliau bersama rakan baiknya, Mike. Dikisahkan mereka berdua gagal dalam subjek Bahasa Inggeris sewaktu belajar di kolej.
Disebabkan kejadian tersebut, Robert dan Mike terpaksa memanjangkan sesi pembelajaran. Robert berasa tertekan dengan kejadian tersebut apatah lagi ayah beliau ialah salah seorang yang berpangkat tinggi di bahagian Kementerian Pendidikan.
Suatu hari, Robert dan Mike telah ditegur oleh Rich Dad (ayah Mike) ketika sedang duduk bercerita mengenai hal tersebut di pejabat Rich Dad.
Rich Dad menegur Robert dan Mike dengan menyatakan bahawa dia sudah letih mendengar rungutan mereka berdua, tidak puas hati terhadap hukuman yang dikenakan akibat gagal dalam subjek tersebut.
Continue reading »
10 comments » | Sticky Notes
July 15th, 2008 — 8:28pm
Buku yang telah dikarang oleh Robert T.Kiyosaki ini banyak mengajar saya asas-asas yang perlu kita ketahui mengenai dunia kewangan. Jika anda lihat, apakah yang membezakan antara seorang Rich Dad dan Poor Dad dalam mencorak kehidupan seorang anak?
Walaupun mereka tidak berbeza dari segi pendidikan, namun pemikiran mengenai ilmu kewangan mereka adalah sangat berbeza. Sebagai contoh, jika si anak meminta sesuatu:
Continue reading »
4 comments » | Discussion