February 7th, 2010 — 1:32am
Projek Affilliate Domination menghadapi beberapa masalah untuk setup blog. Disebabkan itu, saya terpaksa berjumpa dengan pakar Wordpress dari www.Catzer.com. Kami melepak di satu sudut restoran Pak Li’s Kopitiam di Ole-Ole Mall Seksyen 18, Shah Alam. Nasib baiklah tak tersesat, dapat juga berjumpa dengan Ole-Ole Shah Alam ni..hoho…

Alhamdulillah segalanya selesai bila Catzer berjaya menolong saya menyiapkan blog tersebut. Kami sempat menyembang hingga berjam-jam lamanya di kopitiam tersebut sambil mencicip air kedondong masam manis yang sangat best. Tambah pula dengan Nasi Ayam Lemon, benar-benar mengujakan!
Anyway, thanks to Catzer sebab dapat meluangkan masa berkongsi cerita dan pengalaman dengan saya. Ada beberapa cadangan menarik yang telah kami bincangkan dan akan saya aplikasikan selepas ini, Insya-Allah. Harapan saya mudah-mudahan ia dapat berjalan seperti yang dirancang.
Continue reading »
10 comments » | Affiliate Domination
April 30th, 2009 — 2:17am
Agak lambat saya menyiapkan review untuk Majalah IM Edisi 12 kali ini. Sudah beberapa edisi berlalu dan saya telah terlepas beberapa waktu untuk membuat sedikit ulasan berkenaan majalah ini. Namun begitu, harapan saya agar review kali ini benar-benar bermanfaat buat semua.

Tema Majalah IM kali ialah berkenaan affiliate marketing, topik yang memang saya tertunggu-tunggu sebelum ini. Tak sangka penantian saya memang tidak sia-sia. Suatu ketika dulu, saya memang tak faham langsung mengenai affiliate marketing sehinggalah saya melakukannya sendiri.
Perkataan affiliate yang pada mulanya berbunyi aneh bagi saya. Sekarang tidak lagi. Oh ya, jika anda seorang newbie atau anda seorang yang ingin menceburi bidang affiliate marketing, saya cadangkan Majalah IM edisi kali ini ialah sumber pengenalan yang terbaik buat anda.
Ringkasnya, affiliate marketing boleh dikatakan seperti kerja mengambil komisyen hasil daripada penjualan produk orang lain. Kira-kira anda lebih kurang macam agen penjual barang syarikat xxx la. Jika anda berjaya menjual barang tersebut, beberapa persen daripada harga barang tersebut akan menjadi milik anda (komisyen).
Continue reading »
14 comments » | Review Majalah IM
July 12th, 2008 — 11:31am
Team Din Beramboi dan Kento dengan rasminya telah melancarkan satu laporan Rahsia Menjadi Pro Affiliate secara PERCUMA!

Continue reading »
16 comments » | Great Product Review