Kisah Hidupku: Aku dan … (Part 2)
Kadang-kadang aku terpaksa membayar sesuatu yang tak terancang di dalam plan bulanan aku. Secara tiba-tiba aku kena membayar untuk sesuatu yang datang tak diminta, mana nak cekau duit kalau tiba pertengahan bulan kan? Terpaksalah aku keluarkan saving yang ada untuk membayarnya.
Jika begini hidupku, bila lagi aku dapat mulakan sesuatu yang baru? Puasku berfikir. Jadi beginilah caranya, aku perlu lakukan sesuatu untuk menambah incomeku. Orang kata passive income, income yang kita dapat tanpa bekerja.
Aku pernah merasainya sedikit, semasa aku membeli 1 unit stock market di pasaran (tapi ini jadi saving, bukan passive income faham?). Aku beli $20 pada ketika itu, kemudian aku dapat menjualnya sebanyak $30. Dapat jugalah aku merasa untung $10, seronok rasanya dan ia telah membuatkan aku memikirkan sesuatu.
