POSITIF yang membina KREATIF?
June 20, 2008 | 6 Comments

Bila kita ingin memiliki sesuatu (cth: sebuah kereta mainan) sewaktu kecil dahulu daripada ibu ayah kita, apakah respon yang seringkali kita terima?
- “Kita orang susah, ayah tak mampu untuk membelinya…”. Seterusnya kita akan dimarahi.
- “Jika Amin mahu, Amin kena membantu ayah menjaga kambing jiran kita/ menjual kuih. Setelah mendapat upah, bolehlah Amin menggunakan duit tersebut untuk membelinya nanti”.
Jawapan manakah yang selalu kita terima dahulu? Apakah kelebihan atau kekurangan yang ada mengenai kedua-dua jawapan tersebut? Benarkah fikiran positif akan melahirkan sesuatu yang kreatif?
K.R.E.A.T.I.F. – Sifat seorang Usahawan
June 18, 2008 | Leave a Comment

K.R.E.A.T.I.F. – Perkataan ini mempunyai banyak makna untuk ditafsirkan. Menurut Tony Buzan, pencipta Mind Map (seorang ‘brain expert’) pernah menyatakan bahawa manusia memang kreatif.
Rujuk sahaja jawapan kita apabila ditanya mengenai buku: “Kenapa awak tak habis membaca buku ini?”. Anda pasti akan mengatakan: “Saya tak cukup masa”, “Saya sudah berkeluarga, tak sempat nak membuka buku”…dan bermacam-macam lagi.
Owh, lihat! Anda mampu membuktikan bahawa anda memang kreatif kerana dalam masa beberapa minit sahaja otak anda telah pun mempunyai bermacam-macam jawapan untuk soalan tersebut.
