Kenapa Anda Perlu Baca Majalah IM Edisi 13? Sebab…
May 29, 2009 | 11 Comments
Majalah IM Edisi 13 telah mendedahkan Rahsia Blogging hasil daripada interview Pihak Majalah IM dengan seorang Pro-blogger tanah air yang terkenal, saudara Rohaizad. Jika anda seorang blogger tegar, saya pasti anda begitu mengenali siapakah blogger yang saya maksudkan itu.
Yup, saya mengenali beliau secara tidak sengaja selepas melalui sesi blog hopping lebih setahun yang lalu. Entah macam mana saya boleh tersesat di blog Rohaizad.com tu pun saya tak tahu, seterusnya telah menjadi salah seorang silent reader di sana dengan jayanya…ohh…
Menyelusuri sesi interview tersebut, saudara Rohaizad bercerita mengenai permulaan kisah beliau sedari awal penglibatan beliau dalam arena blogging. Bermula dari tahun 2005, beliau mula bergiat cergas dalam aktiviti blogging ini dengan menggunakan platform paling mudah ketika itu iaitu blogspot.

