Kelas internet marketing…sudah tak releven lagi?
June 26th, 2008 — 3:54pm
Kelas internet marketing merupakan sebuah kelas yang terbaik buat seorang newbie yang ingin bermula. Secara asasnya, kelas ini akan mengajar beberapa perkara asas yang perlu kita ketahui secara teori dan praktikal.
Sewaktu mula-mula dahulu, saya memang tidak mengetahui satu apa pun mengenainya. Apa itu domain, apa itu hosting…? Belum lagi bila masuk minisite, squeeze page, PLR, MRR dan entah apa lagi.
Ya, saya juga bermula dengan zero. Selepas itu, satu persatu saya tahu dan mula memahaminya. Tambah pula ada orang yang membimbing, ini akan memudahkan saya untuk memahaminya even tak semua benda yang saya tahu.