Tag: Internet Marketers Profile
Siapakah Mohd. Suhaimy a.k.a. Shuth?
June 17th, 2008 — 9:33pm
Shuth? Serasa saya, dah lama saya mengenali nama pena tersebut melalui beberapa buah laman web beberapa tahun yang lalu. Cuma saya lebih mengenali pemilik nama pena tersebut setelah membaca buku tulisan beliau sendiri,Rahsia Blogger.

Saya membeli buku Rahsia Blogger pada awal tahun 2008 dan ternyata saya seronok membaca buku tersebut. Perlahan-lahan isi buku ini saya hadamkan kembali dan saya ulang-ulang membaca dan memahaminya satu persatu.
Sejak itu, semangat saya hendak memiliki sebuah blog semakin berkobar-kobar. Saya mula mencari pelbagai maklumat mengenai langkah membuat blog sendiri di internet bermula dengan blog Rahsia Blogger juga.