January 6th, 2010 — 1:39am
Baru beberapa hari kita sudah memasuki dunia tahun baru, hari ini sahaja sudah masuk hari ke-6. Esok pula, bertambah sehari lagi waktu untuk usia kita. Bertambah pula tanggungjawab yang perlu digalas dengan pengorbanan. Aku tahu masa kian suntuk dan aku seolah-olah diburu.
Seawal tahun baru, aku sudah mula menyiapkan beberapa impian tahun baru untuk aku realitikannya. Aku buat untuk diri sendiri dan didedikasikan khas untuk emak ayahku. Aku tahu, aku masih cuma sekadar melaksanakan tanggungjawabku sebagai seorang anak, masih belum boleh dianggap pengorbanan.

Pengorbanan cuma akan tertulis jika aku melakukan sesuatu melepasi hak dan tanggungjawabku sebagai seorang anak. Aku masih tak melepasi tahap itu. Aku masih tak berjaya lagi tapi aku akan tetap usahakan sehingga berjaya. Semoga aku dapat membahagiakan orang tuaku juga suatu hari nanti.
Impian-impian yang telah aku tuliskan telah membakar 5% daripada semangatku, semangat yang tak terkalah. Jadi, aku yakin aku akan terus berjaya dan berjaya bersama impianku. Aku mesti menguasai akalku dalam memanipulasi hatiku untuk mencapai kejayaan. Aku tak boleh membiarkan nafsu mengawal hatiku jika aku tidak mahu melihat impianku hancur-luluh.
Continue reading »
2 comments » | Life Story
September 11th, 2009 — 9:49pm
Aku masih di sini, di sisi dunia ini. Menghadap layar putih yang seakan mahu kelam. Pandangku jauh, seakan mahu tembus menerobos alam sepi. Sunyi. Aneh sekali. Kelamnya mengingatkanku akan kisah itu.

Sedarku, pedih serasa lutut ini. Perih yang menghamburkan darah, merembes luka. Sakit yang amat. Namun tak sesakit tika aku mempertahankan dudukku. Tak sejerih kala payah kaki ini bertahan. Sakit yang amat bisa buatku terduduk kembali.
Aku kira aku sudah mampu bangun buat kesekian kali. Namun ia masih sama. Rembesan duka itu kembali. Merancak sepi. Kalut. Bejat. Kelam. Suram yang sepi seakan masih tak berlalu pergi. Tidak! Aku perlu berdiri kembali. Setidak-tidaknya biar sekali lagi.
Sekali lagi. Sekali lagi. Akanku laksanakan. Walau aku tahu itu payah, ia perit, biar ia masih tak berhasil. Aku usahakan. Sekali lagi. Bangkit. Bangkit. Aku perlu pergi, mengejar mimpi. Biar aku tak punya apa, janji harapan itu masih kekal ada.
Continue reading »
12 comments » | Life Story
February 15th, 2009 — 3:52am
Salam buat semua. Sekarang saya dalam versi yang dilihat agak aneh, abnormal mungkin. Sebab saya perlukan masa untuk beradaptasi dengan suasana baru awal Mac depan. Hopefully begitulah hendaknya.
Sekarang saya masih sama seperti beberapa tahun yang lalu. Namun ia akan berbeza selepas ini. Ya, untuk beberapa hari lagi saya akan berhijrah ke satu alam yang baru. Memang itulah yang saya nantikan selama ini.

Saya telah merancang untuk punyai lebihan masa yang dapat mempercepatkan saya mencapai impian saya, juga memungkinkan saya untuk bercuti seminggu sekali. Yup, begitu mengujakan! Namun saya tetap ada sedikit gugup untuk menghadapinya. Ya, nervous buat kali pertama mungkin…
Even saya dah make it a well plan, saya tetap rasa gugup. Tapi saya telah berusaha untuk menjadikan impian saya suatu kenyataan, selebihnya saya serahkan dengan doa dan tawakkal kepada-Nya. Saya percaya, Dia lebih tahu bukan?
Continue reading »
13 comments » | Sticky Notes
June 14th, 2008 — 2:35am
Gerak kaki ini
Kuatur perlahan
Langkah ini biar kecil
Jelas padu
Satu persatu
Lantas menambah, jadi besar
Tika letih mengasak
Langkah itu mengecil seketika
Namun tetap
Takkan kubiarkan ia berhenti
Melepas lelah sebarangan
Harapku
Agar tidak dihinggap leka
Yang bisa menangguh cita
Impianku sebesar gunung
Segunung jualah api pembakarnya
Aku mahu ia bernyala
Merah marak selalu
Tegar sahaja sebegitu
Pasti takkan kubiar ia mati
Agar bisaku tongkah
Awan hitam dan angin semilir malah
Pelangi
Nantikan aku
Biarku masih di sini
Bersungguh tekad
Tidak putus melangkah
Bersama nafas lelah
Jerit perih duka
Pelangi
Lihatku
Lelah menarik dayaku
Berserta beban yang terhenyak
Doakan aku
Agarku terus melangkah
Menambah deras tanpa ada henti
Illahi
Dengarkan rintihku ini
Agarku beroleh
Menatap pelangi
Biar terhibur hati ini
Biar terubat lelah ini
Di kaki langit petang
Comment » | Poem