Tag: Download Majalah IM


Majalah IM Edisi 14: Rahsia MRR yangTerbongkar!

June 30th, 2009 — 1:58pm

Pernahkah anda terfikir untuk menjual produk digital yang merupakan hak orang lain di internet? Adakah anda tahu anda sebenarnya boleh berbuat sedemikian? Malah anda juga boleh menerima bayaran yang 100% masuk ke poket anda sendiri. WOW, hebat!

Ya, anda sememangnya boleh menjual produk digital kepunyaan orang lain namun dengan beberapa syarat tertentu. Apa yang ingin saya jelaskan ialah berkenaan dengan beberapa istilah yang berkaitan dengan hak cipta produk digital yang sepatutnya anda tahu dalam dunia internet marketing.

Sewajarnya, anda perlu tahu berkenaan hak anda sebagai seorang pembeli dan pengguna produk digital. Kadang-kala anda memiliki distribution rights (hak edaran), Personal Use Only (Kegunaan Sendiri), PLR (Private Label Rights), RR (Resale Rights) mahu pun MRR (Master Resale Rights). Ini terpulang kepada pemilik produk sendiri yang berhak mengeluarkan lesen untuk setiap produk mereka.

Continue reading »

Comment » | Review Majalah IM

Kenapa Anda Perlu Baca Majalah IM Edisi 13? Sebab…

May 29th, 2009 — 4:11am

Majalah IM Edisi 13 telah mendedahkan Rahsia Blogging hasil daripada interview Pihak Majalah IM dengan seorang Pro-blogger tanah air yang terkenal, saudara Rohaizad. Jika anda seorang blogger tegar, saya pasti anda begitu mengenali siapakah blogger yang saya maksudkan itu.

Yup, saya mengenali beliau secara tidak sengaja selepas melalui sesi blog hopping lebih setahun yang lalu. Entah macam mana saya boleh tersesat di blog Rohaizad.com tu pun saya tak tahu, seterusnya telah menjadi salah seorang silent reader di sana dengan jayanya…ohh…

Menyelusuri sesi interview tersebut, saudara Rohaizad bercerita mengenai permulaan kisah beliau sedari awal penglibatan beliau dalam arena blogging. Bermula dari tahun 2005, beliau mula bergiat cergas dalam aktiviti blogging ini dengan menggunakan platform paling mudah ketika itu iaitu blogspot.

Continue reading »

11 comments » | Review Majalah IM

Back to top