Ini Serius…?
August 29, 2009 | 18 Comments
Salam kembali buat semua dan selamat bertemu kembali. Ada berita baru yang ingin kusampaikan. Kamu tahu apa dia? Begini, sebenarnya aku telah menjadi salah seorang orang penting di blog ini. Aku dah naik pangkat menjadi co-author blog ini oleh tuan punya blog…hoho… Serius tahu?
Kalau tak percaya kamu boleh lihat siapakah penulis entry kali ini. Ada iras-iras nama aku tak di sana? Ahah…jangan tanya mengapa. Aku kira cik kakeru agak sibuk sedikit kebelakangan ini. Dengar-dengar dia ada menerima tempahan design daripada Keith Ng, sifu designnya awal pagi tadi.
Oleh sebab itu, aku dengan rasa penuh tanggungjawab menjalankan tugasanku bermula hari ini. Lagipun aku lihat ada beberapa perkara yang telah menyebabkan cik kakeru diam bersahaja namun penuh emosi ketika ini.
Cashflow Game (Part 1)
August 20, 2009 | 14 Comments
Salam semua, harap anda semua sihat dan masih setia menanti kehadiran aku. Ahh, aku memang cukup busy sekarang (konon-kononnya…). Namun disebabkan permintaan ramai oleh pembaca sesetia kamu, aku terpaksa menampilkan semua diriku ini di blog yang disukai ramai ini…hoho…
Okey, disebabkan kisah aku yang telah termuat di blog ini mendapat permintaan ramai, akhirnya aku akan ceritakan lagi al-kisah tersebut dengan lebih lanjut. Mana tahu, kamu akan dapat sesuatu yang berguna untuk hidupmu…tentu bagus kan?
Baik, seperti yang aku katakan kisah ini bukanlah realiti kisah yang ada. Malah, tuan punya blog juga mengesahkan perkara sedemikian, hoho… Walaupun ia sebuah kisah suka duka kehidupan, namun ada seberapa perkara yang turut berkaitan dengan tuan blog ini. Uuppss, terlebih sudah. Tapi, janji padaku yang kamu takkan report kepada dia nanti ya! Aha, terima kasih!
Kisah Hidupku: Aku dan … (Part 3)
July 19, 2009 | 21 Comments
Berbekalkan sedikit ilmu kewangan yang aku pelajari, aku dapat membeli sedikit stock dan memperoleh untung daripadanya. Aku juga menghabiskan bayaran retail debt yang tinggal. Namun, nasib sekali lagi tidak menyebelahi aku kerana aku kena retench sekali lagi..huhu… Adakah ini suratan hidupku…?
Selama beberapa waktu juga aku berkeadaan begitu. Namun, tiba masanya hidupku berubah bila aku berpeluang menjual satu-satunya rumah yang pernah aku beli dengan pulangan berganda. Oh, hebat rasanya! Tak pernah aku rasa sebegitu dalam hidupku.
Aku mula memainkan strategi aku sekali lagi, aku try membuat big deal pula. Aku berpeluang membeli sebuah rumah yang lebih kurang sama seperti dulu dengan bayaran down payment yang tak seberapa dengan pulangan $220 juga setiap bulan. So, passive income aku bertambah sedikit.
Kisah Hidupku: Aku dan … (Part 1)
June 21, 2009 | 14 Comments
Ini kisah aku. Aku lahir dengan kerjayaku sendiri, kerja yang telah menjadi pilihan hatiku. Kamu tahu apakah title hidupku? Ya, seorang mekanik berjaya…yang juga mekanik cabuk mungkin…ahah… Namun, aku masih menganggap aku di ambang kejayaan.
Kamu tahu mengapa? Meh sini, biar aku ceritakan serba sedikit mengenai kisah hidupku di dunia ini. Sebermula kisah ini, kamu juga tahu aku seorang apa bukan? Ya, kehidupanku sungguh biasa sahaja bersama gaji bulananku yang hanyalah $2K… Lihat, sikit bukan…?
Jika kamu seorang lawyer yang berpendapatana $7.5K, kau mungkin akan memandangku sebelah mata sahaja. Aku tahu siapalah aku. Namun, aku pasti kamu akan memandangku dengan kedua-dua belah matamu dan percaya aku sangat hebat malah if and only if gaji kamu lebih rendah daripadaku.




