Internet Wealth Creation – for Internet Entrepreneurs
July 1, 2008 | 9 Comments

Buku ini ditulis oleh Mr. Dechen Lau, salah seorang internet guru yang ada di Malaysia. Buku ini banyak menerangkan mengenai motivasi dan langkah-langkah menjadi seorang internet marketer yang berjaya. Pengalaman beliau selama 7 tahun di dalam bidang ini sangat membantu.
Di sini beliau memperkatakan mengenai mindset segolongan daripada kita. Sedar atau tidak, kehidupan kita ini selalu disogokkan dengan falsafah kerja = gaji…betul tak? Contohnya kalau kita bekerja sebagai pembuat humburger, kita hanya akan dibayar gaji kalau kita buat humburger. Once kalau tak buat, unpaid la jawabnya.
Antara bengkel dan warehouse…
July 1, 2008 | 7 Comments
Ahad lalu saya terpaksa memilih antara dua – pergi ke bengkel HTML Product Creation Workshop atau pergi ke warehouse… Saya bertanggungjawab atas kedua-duanya sekali…huh…
Akhirnya, saya bulatkan tekad untuk mempelajari sesuatu dari bengkel internet. Lagi pun, sudah terlalu lama saya tidak menghadirkan diri ke sana . Apa khabar entah Mr. Dechen Lau dan anak didiknya Keith Ng, saya tidak tahu.
Namun begitu, saya hanya sempat menghadirinya separuh hari. Saya terpaksa bergegas ke warehouse juga kerana bos telah menelefon saya berkali-kali meminta saya menghadirkan diri. Terasa betapa pentingnya saya ketika itu…terharu sungguh, uhuh… (apa nak buat, cuma makan gaji…).
