Tag: creative mind


POSITIF yang membina KREATIF?

June 20th, 2008 — 3:57pm

Bila kita ingin memiliki sesuatu (cth: sebuah kereta mainan) sewaktu kecil dahulu daripada ibu ayah kita, apakah respon yang seringkali kita terima?

  1. Kita orang susah, ayah tak mampu untuk membelinya…”. Seterusnya kita akan dimarahi.
  2. “Jika Amin mahu, Amin kena membantu ayah menjaga kambing jiran kita/ menjual kuih. Setelah mendapat upah, bolehlah Amin menggunakan duit tersebut untuk membelinya nanti”.

Jawapan manakah yang selalu kita terima dahulu? Apakah kelebihan atau kekurangan yang ada mengenai kedua-dua jawapan tersebut? Benarkah fikiran positif akan melahirkan sesuatu yang kreatif?

6 comments » | Discussion

K.R.E.A.T.I.F. – Sifat seorang Usahawan

June 18th, 2008 — 3:59pm

K.R.E.A.T.I.F. – Perkataan ini mempunyai banyak makna untuk ditafsirkan. Menurut Tony Buzan, pencipta Mind Map (seorang ‘brain expert’) pernah menyatakan bahawa manusia memang kreatif.

Rujuk sahaja jawapan kita apabila ditanya mengenai buku: “Kenapa awak tak habis membaca buku ini?”. Anda pasti akan mengatakan: “Saya tak cukup masa”, “Saya sudah berkeluarga, tak sempat nak membuka buku”…dan bermacam-macam lagi.

Owh, lihat! Anda mampu membuktikan bahawa anda memang kreatif kerana dalam masa beberapa minit sahaja otak anda telah pun mempunyai bermacam-macam jawapan untuk soalan tersebut.

Continue reading »

1 comment » | Sticky Notes

Back to top