Laptop dan hadiah untuk anda
August 11th, 2008 — 4:00am

Salam buat semua, terima kasih jika anda sudi membaca entry kali ini. Sudah beberapa kali saya tak sempat untuk menulisnya. Oh, maafkan saya!
Alhamdulillah saya ucapkan kerana laptop saya telah kembali pulih seperti biasa. Terima kasih buat Team SmartBrain, Din dan Kento kerana telah menolong saya. Jasa kalian amatlah dihargai.
Masih ingat lagi tentang kelas internet yang saya hadiri minggu lepas? Ya, saya telah pun berjumpa dengan xifu saya kembali, Mr. Jeffery Tang dan juga Mr. Dechen Lau. Sedikit sebanyak saya bersemangat untuk lebih maju.