Jom Jana Wang dengan…
June 18, 2009 | 5 Comments
Saya baru sahaja menelaah sedikit ilmu daripada Majalah Personal Money. Relaks sikit membaca majalah seperti ini, sekurang-kurangnya mata saya tak sakit sangat menahan kecerahan skrin seperti sewaktu membaca ebook..hoho…
Yup, baru first time saya membeli dan membaca majalah ini. Sebelum ini langsung tak pernah membaca, membelek-belek kat kedai je adalah… Overall, majalah ni memang bagus. Ada beberapa tips yang boleh kita gunakan untuk mengurus kewangan kita.
Topik menarik yang dibincangkan untuk edisi kali ini juga amat menarik, 15 ways to make more money. Topik ini mengupas sebanyak 15 cara yang boleh kita buat dalam menjana wang secara sampingan. Antaranya juga termasuklah dengan cara berblog tau!
Kenapa Anda Perlu Baca Majalah IM Edisi 13? Sebab…
May 29, 2009 | 11 Comments
Majalah IM Edisi 13 telah mendedahkan Rahsia Blogging hasil daripada interview Pihak Majalah IM dengan seorang Pro-blogger tanah air yang terkenal, saudara Rohaizad. Jika anda seorang blogger tegar, saya pasti anda begitu mengenali siapakah blogger yang saya maksudkan itu.
Yup, saya mengenali beliau secara tidak sengaja selepas melalui sesi blog hopping lebih setahun yang lalu. Entah macam mana saya boleh tersesat di blog Rohaizad.com tu pun saya tak tahu, seterusnya telah menjadi salah seorang silent reader di sana dengan jayanya…ohh…
Menyelusuri sesi interview tersebut, saudara Rohaizad bercerita mengenai permulaan kisah beliau sedari awal penglibatan beliau dalam arena blogging. Bermula dari tahun 2005, beliau mula bergiat cergas dalam aktiviti blogging ini dengan menggunakan platform paling mudah ketika itu iaitu blogspot.
Promosi Affiliate Hebat!
March 13, 2009 | 17 Comments
Di sini saya akan berkongsikan apa yang telah diajarkan oleh Bro Kidino di dalam Forum WangCyber. Oh ya, sebelum tu harap anda semua telah mengenali siapakah orang yang saya maksudkan iaitu Bro Kidino.
Beliau merupakan salah seorang IM yang berjaya dalam bidang internet marketing ini secara sepenuh masa. Perniagaan beliau lebih tertumpu kepada market luar. Apa yang pasti beliau merupakan seorang yang kreatif dalam menjana pendapatan melalui nternet. Saya juga pernah memiliki produk beliau, Squeeze Page Builder via OptinDesign.com.
Tulisan beliau ini bertujuan untuk membantu mereka yang masih tidak dapat menjana walaupun satu sales hasil pembelian Produk Rahsia Clickbank (RCB) daripada Bro Zamri Nanyan dan Gobala Krishnan. At first, maybe sebab pembeli RCB berfikir nak promote review page sahaja.
Masalah yang bakal mereka hadapi ialah:
Bina Bisnes, Bukan Sekadar Blog! (…Part 1)
January 31, 2009 | Leave a Comment
Kali ini saya ingin berkongsikan ilmu daripada ebook JohnCow.com dengan anda semua tentang blog. Saya rasa ramai pengunjung di sini yang tahu apa itu blog serta memiliki blog sendiri. Namun adakalanya kita terlepas pandang satu perkara penting ini.
Ya, selalunya bila kita berbincang mengenai blog, semua orang terfikir untuk menarik trafik daripada pelbagai sumber. Maka pelbagai kaedah giat dilancarkan oleh para blogger untuk menarik trafik ke blog mereka seperti menggunakan Google Adwords, meletakkan iklan di blog yang bertrafik tinggi, aplikasi video marketing dan lain-lain.
AMARAN: Awas, tiada perniagaan tanpa blog!
June 20, 2008 | 7 Comments
Jika anda seorang usahawan online, sudah tentulah blog ialah satu medium yang wajib bagi anda. Bagaimana pula dengan perniagaan offline?
Menurut buku “Mengapa bisnes gulung tikar?” (ditulis oleh Ahmad Amri Zainal Adnan & Nurasyikin Ahmad, terbitan PTS Professional), salah satu daripada 44 kesilapan yang ada pada usahawan ialah tiada blog perniagaan.

Apa pentingnya blog untuk seorang usahawan?




