October 6th, 2009 — 7:30am
Sambungan entry Cashflow Game (Part 1)…
Ok, benda-benda lain yang turut mewarnai kehidupan bulanan kamu yang lain seperti peluang selain daripada doodads. Peluang ni terbahagi kepada dua, small deal atau big deal. Kalau kamu berpeluang untuk membeli stock, apa kata kamu berstrategi untuk menambah pendapatan dengan membelinya sedikit untuk masa hadapan. Jika berpeluang untuk buat big deal seperti membeli rumah, lakukan segera!

Jangan sampai hilang langsung peluang yang ada, namun masih perlu berstrategi. Game ini seperti menekankan konsep beli stock, ada luck dapatlah kita merasa peratus tambahan kenaikan harga stock. Tapi Pakcik Warren Buffet kata, kalau tak tahu jangan buat. So, semestinya dia tak bergantung pada luck semata-mata di dunia realiti sebenar kita kan?
Lain-lain, aku diajar sebab mengapa kita mesti bersedekah kepada yang memerlukan. Konsep yang diketengahkan ialah, jika kamu bersedekah tentu pendapatan kamu akan bertambah dari sumber-sumber yang kamu tak tahu. Hurmm, serius hebat Rich Dad aku ni, dalam tak sedar dia ajar aku apa kelebihan sedekah seperti yang Islam ajarkan, WOW!
Continue reading »
8 comments » | Life Story
August 20th, 2009 — 6:42pm
Salam semua, harap anda semua sihat dan masih setia menanti kehadiran aku. Ahh, aku memang cukup busy sekarang (konon-kononnya…). Namun disebabkan permintaan ramai oleh pembaca sesetia kamu, aku terpaksa menampilkan semua diriku ini di blog yang disukai ramai ini…hoho…
Okey, disebabkan kisah aku yang telah termuat di blog ini mendapat permintaan ramai, akhirnya aku akan ceritakan lagi al-kisah tersebut dengan lebih lanjut. Mana tahu, kamu akan dapat sesuatu yang berguna untuk hidupmu…tentu bagus kan?

Baik, seperti yang aku katakan kisah ini bukanlah realiti kisah yang ada. Malah, tuan punya blog juga mengesahkan perkara sedemikian, hoho… Walaupun ia sebuah kisah suka duka kehidupan, namun ada seberapa perkara yang turut berkaitan dengan tuan blog ini. Uuppss, terlebih sudah. Tapi, janji padaku yang kamu takkan report kepada dia nanti ya! Aha, terima kasih!
Continue reading »
14 comments » | Life Story
July 19th, 2009 — 1:49am
Berbekalkan sedikit ilmu kewangan yang aku pelajari, aku dapat membeli sedikit stock dan memperoleh untung daripadanya. Aku juga menghabiskan bayaran retail debt yang tinggal. Namun, nasib sekali lagi tidak menyebelahi aku kerana aku kena retench sekali lagi..huhu… Adakah ini suratan hidupku…?

Selama beberapa waktu juga aku berkeadaan begitu. Namun, tiba masanya hidupku berubah bila aku berpeluang menjual satu-satunya rumah yang pernah aku beli dengan pulangan berganda. Oh, hebat rasanya! Tak pernah aku rasa sebegitu dalam hidupku.
Aku mula memainkan strategi aku sekali lagi, aku try membuat big deal pula. Aku berpeluang membeli sebuah rumah yang lebih kurang sama seperti dulu dengan bayaran down payment yang tak seberapa dengan pulangan $220 juga setiap bulan. So, passive income aku bertambah sedikit.
Continue reading »
21 comments » | Life Story