January 20th, 2010 — 11:44pm
Hari ini bermula dengan sesuatu yang baru. Setelah beberapa hari berbincang mengenainya, saya dan Damien (bukan nama sebenar) bersetuju untuk merancang sesuatu dan bertindak terus. Setelah beberapa hari memikirkan benda yang sama, membaca artikel yang berkaitan dan menerima beberapa nasihat, saya pun menerima pelawaan Damien dengan hati terbuka.

Pagi ini, bersama otak yang masih segar saya menggendong beg biru besar di bahu. Langkah ini penuh semangat menuju ke arah Kedai Kopi Old Town. Baru kali kedua saya menjejakkan kaki dengan penuh gaya di sini walaupun jaraknya dari rumah saya hanyalah sepelaung sahaja.
Di sana Damien telah pun menunggu bersama laptop yang telah sedia terbuka. Air coklat sejuk saya juga telah tersedia seperti mana yang saya pesan tadi. Kami pun memulakan perbincangan seusai saya menekan butang ‘on’ pada laptop saya. Perbincangan 3 jam ini memang bermanfaat ditambah dengan air coklat sejuk yang enak. Ia diserikan lagi dengan penggunaan internet dan bekalan elektrik ke laptop secara percuma, siapa pun mahu.
Continue reading »
2 comments » | Affiliate Domination
November 30th, 2009 — 12:31pm
Salam buat semua pengunjung blog ini. Sudah lama saya tak berkongsi cerita di sini disebabkan oleh beberapa masalah dalam blog. Akhir sekali, saya terpaksa meminta tolong rakan blogger saya, komenebook. Beliau mencadangkan saya agar meminta jasa baik daripada pihak hosting blog ini, NetKL.
Akhirnya, blog saya sudah kembali kepada keadaan asal. Juga sudah di‘upgrade’ oleh pihak NetKL sendiri. Alhamdulillah dan terima kasih buat NetKL dan komenebook. So, kini saya kembali berblog semula, yeay!! Okey, kembali kepada topik asal entry ini. Adakah anda semua telah membaca satu report khas mengenai The Top 6 Super Affiliate Millionaire Secrets daripada Mark Ling (Affilorama) ini?

Jika tak berkesempatan untuk membacanya, biar saya kongsikannya beberapa point penting di sini. Report ini mengupas 6 topik penting yang mesti dikuasai oleh anda jika anda seorang penggiat dalam dunia affiliate marketing. Tajuk-tajuk ini dikupas dalam ayat-ayat yang agak mudah untuk difahami.
Continue reading »
17 comments » | Tips Affiliate