[Aff.D] Day 1

January 21, 2010 | Leave a Comment

Saya mulakan hari untuk melakukan kerja seperti yang dirancang. Tugasan hari ini ialah membuat keyword research untuk niche yang telah saya ada. Nampaknya, niche saya merupakan salah satu niche yang telah dicadangkan di dalam ebook Howie, Voyeur2 – Niche Research. So, saya telah berada right on track.

ninja-assassin-poster

Kerja seterusnya ialah pergi ke Google Tool External dan meletakkan laman web produk yang saya ingin promosikan. Di situ, saya berjaya mendapatkan beberapa jenis keywords longtail yang telah dicadangkan oleh Pakcik Google secara percuma. Namun, adakah keywords tersebut benar-benar berbaloi untuk saya gunakan?

Read more

[Aff.D] Day 0

January 20, 2010 | Leave a Comment

Hari ini bermula dengan sesuatu yang baru. Setelah beberapa hari berbincang mengenainya, saya dan Damien (bukan nama sebenar) bersetuju untuk merancang sesuatu dan bertindak terus. Setelah beberapa hari memikirkan benda yang sama, membaca artikel yang berkaitan dan menerima beberapa nasihat, saya pun menerima pelawaan Damien dengan hati terbuka.

old-town

Pagi ini, bersama otak yang masih segar saya menggendong beg biru besar di bahu. Langkah ini penuh semangat menuju ke arah Kedai Kopi Old Town. Baru kali kedua saya menjejakkan kaki dengan penuh gaya di sini walaupun jaraknya dari rumah saya hanyalah sepelaung sahaja.

Di sana Damien telah pun menunggu bersama laptop yang telah sedia terbuka. Air coklat sejuk saya juga telah tersedia seperti mana yang saya pesan tadi. Kami pun memulakan perbincangan seusai saya menekan butang ‘on’ pada laptop saya. Perbincangan 3 jam ini memang bermanfaat ditambah dengan air coklat sejuk yang enak. Ia diserikan lagi dengan penggunaan internet dan bekalan elektrik ke laptop secara percuma, siapa pun mahu.

Read more

Plan 2010: Act as It Couldn’t Fail!

December 31, 2009 | 8 Comments

Salam Hari Terakhir 2009! Menjelma pula 2010 yang lebih gemilang sayup-sayup di kala bulan mengambang. Saya telah pun siap melakar, menyenaraikan serta memperincikan setiap satu agenda penting untuk hidup saya bermula 2010 ini. Ada bahan-bahan yang terdapat di dalam planning telah difotostat namun ada juga bahan-bahan yang perlu ditaip dan dicetak selepas ini.

successladder

Terdapat beberapa item yang telah saya highlight dan bahagikan untuk 2 perkara utama, offline dan online. Biar saya menceritakan serba-sedikit mengenai target untuk dunia online saya sahaja di sini, lebih-lebih lagi untuk aktiviti saya di blog.readercircle.com tersayang.

Saat saya mengenali dunia internet marketing pada awal Februari 2007, saya mengenali penggiat dunia internet marketing yang didominasi oleh mereka yang fokus ke dunia internet marketing luar. Saya mengenali xifu saya, Mr. Dechen Lau dan designer yang merangkap anak muridnya, Keith Ng. Saya juga mempelajari sesuatu daripada Mr. Jeffery Tang, seorang bekas engineer yang telah berjaya menjadi penggiat Adwords secara fulltime.

Read more

[Top 6 Secrets] Rahsia Kedua

December 30, 2009 | 2 Comments

Merujuk kepada ebook The Top Six Super Affiliate Millionaire Secret yang ditulis oleh Mark Ling (Affilorama), rahsia kedua yang penting ini ialah mengenai kajian market. Kaedah ini membantu kita mencari profitable niche yang dapat menukarkan pelawat menjadi pelanggan kita.

Super Affiliate

Cara yang diajarkan oleh Mark Ling memang sangat mudah. Sila ke Amazon.com dan lakukan perkara berikut:

  1. Cari produk yang mempunyai review yang melebihi 20
  2. Komisyen sekurang-kurangnya USD15 dan ke atas

It’s better jika anda ambil produk digital untuk dipromosikan sebab selalunya komisyen untuk produk non-digital adalah sedikit. Jika produk yang anda mahu promosikan daripada laman Amazon.com ini mempunyai komisyen USD15 ke bawah, lebih baik anda promosikan produk-produk digital yang ada di laman web lain seperti Clickbank.com dengan menggunakan niche yang telah anda cari di Amazon.com.

Read more

Majalah IM Edisi 12 & Affiliate Marketing – Apa yang best?

April 30, 2009 | 14 Comments

Agak lambat saya menyiapkan review untuk Majalah IM Edisi 12 kali ini. Sudah beberapa edisi berlalu dan saya telah terlepas beberapa waktu untuk membuat sedikit ulasan berkenaan majalah ini. Namun begitu, harapan saya agar review kali ini benar-benar bermanfaat buat semua.

Tema Majalah IM kali ialah berkenaan affiliate marketing, topik yang memang saya tertunggu-tunggu sebelum ini. Tak sangka penantian saya memang tidak sia-sia. Suatu ketika dulu, saya memang tak faham langsung mengenai affiliate marketing sehinggalah saya melakukannya sendiri.

Perkataan affiliate yang pada mulanya berbunyi aneh bagi saya. Sekarang tidak lagi. Oh ya, jika anda seorang newbie atau anda seorang yang ingin menceburi bidang affiliate marketing, saya cadangkan Majalah IM edisi kali ini ialah sumber pengenalan yang terbaik buat anda.

Ringkasnya, affiliate marketing boleh dikatakan seperti kerja mengambil komisyen hasil daripada penjualan produk orang lain. Kira-kira anda lebih kurang macam agen penjual barang syarikat xxx la. Jika anda berjaya menjual barang tersebut, beberapa persen daripada harga barang tersebut akan menjadi milik anda (komisyen).

Read more

Next Page »