Tips untuk Upgrade Landing Page Anda (…Part 2)
March 12, 2009 | 10 Comments
Landing Page lagi? Okey, saya akan sambung sedikit lagi tips berkenaan bagaimana nak memperbaiki laman landing page anda seperti di bawah. Saya juga dalam proses mengubah landing page sendiri…hoho…
1. Cek heading laman landing page anda. Adakah ayat tersebut merupakan ayat call-to-action ataupun hanyalah ayat bahasa tadika yang anda gunakan untuk menarik prospek? Cuba anda baca berulang-kali ayat-ayat tersebut sehingga anda benar-benar berpuas hati. Ayat sebenarnya sepatutnya memberikan penerangan yang tepat, ringkas dan jelas mengenai apa yang anda jual dan mengapa mereka memerlukannya. Jika tidak, berusahalah untuk membetulkannya kembali.
2. Gunakan bullet. Tuliskan 5 poin ringkas yang dapat mengarahkan visitors untuk mengklik button di landing page anda secepat mungkin. Letakkan note tersebut bersebelahan dengan imej yang anda letakkan di bahagian header landing page.
3. Gunakan perenggan yang pendek. Jangan gunakan perenggan yang melebihi 3-4 baris. Pendekkan mesej anda dan hiasi dengan ayat-ayat power yang mampu memikat hati prospek.
Tips untuk Upgrade Landing Page Anda (…Part 1)
March 11, 2009 | 4 Comments
Landing page? Apa tu? Ringkasnya landing page merupakan page pertama yang pelawat laman web anda akan lihat. Landing page ini berfungsi untuk menukarkan targeted visitors/ prospek laman web anda menjadi salah seorang pelanggan anda.
Kebiasaannya, targeted visitors akan ditarik melalui program pengiklanan PPC seperti Google AdWords dan Yahoo Search Marketing (YSM). Sama ada prospek anda akan bertukar menjadi salah seorang pelanggan anda atau tidak, semuanya bergantung kepada keberkesanan laman landing page anda.
Persoalannya, adakah landing page anda benar-benar berkualiti? Bagaimana pula anda dapat menjadikan landing page anda benar-benar berkesan sehingga berjaya menarik targeted visitors anda menjadi salah seorang pelanggan anda?
Tips Adwords…(Part 1)
August 28, 2008 | 9 Comments
Saya belajar sesuatu dari Jacobo Benitez melalui emel yang dihantar kepada saya. Saya pun tak ingat macam mana saya boleh menjadi salah seorang subscriber beliau.
Oh, ya di sini saya bukan nak menceritakan siapakah Jacobo Benitez sebenarnya. Mungkin kita boleh membincangkannnya di lain masa. Saya Cuma ingin berkongsikan sedikit ilmu yang saya dapat daripada laporan ringkas beliau, ‘Top Google Adwords Mistakes’.
Saya akan terangkan satu-persatu dengan ditambah dengan ilmu yang saya pelajari daripada xifu saya dan pengalaman saya sendiri. Jika anda mahu mempelajari sesuatu tentang AdWords di sini, selamat meneruskan pembacaan anda!


