Kisah si Little Boy

Seorang kanak-kanak yang terlalu asyik dengan dunia internet menghabiskan setiap saat yang ada di hadapan laptop. Dia terlalu seronok dengan dunianya, bersama-sama dengan rakan-rakan maya yg aneh…

Suatu hari dia menulis e-mel kepada setiap public figure yang amat dikenali dalam bidang perniagaan. Siapa yang tidak kenal Robert Kiyosaki, Donald Trumph dan yang seangkatan dengannya…ahli perniagaan yang benar-benar berjaya!

E-mel tersebut berbunyi begini: “Apakah yang akan anda lakukan sekiranya anda diisytiharkan muflis keesokkan hari?” dan ditandatangani oleh kanak-kanak tersebut sebagai Little Boy.

Hari berikutnya, Little Boy mendapat pelbagai maklum balas hasil daripada pertanyaannya sebelum ini. Pelbagai jawapan yang menarik telah diterima malah ada juga bermacam-macam idea yang tidak terjangkau oleh seorang yang bergelar layman.

Idea yang hebat tersebut membuatkan Little Boy berfikir tanpa henti. Ia berjaya menjana mindanya untuk berfikir sesuatu yang cukup hebat juga! Dia mula menulis sesuatu dan mula menyebarkannya kepada sesiapa sahaja di dunia aneh tersebut.

Dengan teknik viral marketing yang dilakukan oleh Little Boy berserta jawapan daripada ahli-ahli perniagaan yang berjaya itu, dia juga mampu menjana kejayaan sama seperti jutawan-jutawan tersebut. Woah…hebatnya…!!!

Tahukah anda apakah yang dilakukan oleh Little Boy untuk berjaya?

Senang sahaja… Dia cuma perlu menghantar sales letter kepada sesiapa yang ingin tahu pelbagai jawapan yang benar-benar efektif kepada pesoalan “Apakah yang akan anda lakukan sekiranya anda diisytiharkan muflis keesokkan hari?”…

Jawapan yang datangnya daripada jutawan-jutawan yang sedia ada tentulah meyakinkan, tiada siapa yang berani menolak untuk tidak membeli laporan tersebut. Owh…terlalu mudah bukan?

p/s: adaptasi daripada cerita xifu saya (kisah benar)

9 Responses to “Kisah si Little Boy”

  1. taukey on July 10th, 2008 12:05 am

    hahahaha…..kisah ni dah berlaku kat Malaysia. Boleh lihat bagaimana tips adsense team flarebiz dibuat. Lebih kurang begitulah jalan ceritanya

    [Reply]

  2. kakeru on July 10th, 2008 10:30 pm

    Yup, betul tu Taukey! Labanon pun dah membuktikannya…saya…? huhu…

    [Reply]

  3. taukey on July 10th, 2008 11:56 pm

    hehehehe…kakeru pun boleh buat…hehehehe. Kakeru byk attend seminar kan….hehehe…idea tu. hehehee

    [Reply]

  4. beduz on July 11th, 2008 6:22 am

    lama x singgah sini..
    waa..da byk berubah blog nie..

    oh ya, budak nie memang kreatif. dgn idea kreatif senang2 je dia dpt wang kan..

    [Reply]

  5. titan on July 11th, 2008 8:27 am

    hehe. macam2 boleh jadi. Janji ada usaha mahu buat.

    [Reply]

  6. kakeru on July 13th, 2008 5:14 pm

    Thanx Taukey, saya akan usahakan! :)

    Hi Beduz! Lama tak dengar berita, tetiba je memunculkan diri. How ur ebiz?

    Yup, Titan. Saya kena usaha lebih macam awak nampaknya…huhu…

    [Reply]

  7. farahaznil on July 15th, 2008 6:29 pm

    hohoho..best gak blog nih..bgs la utk bacaan di kala kepala runsing..eh2 silap lak..hahaha..dikala keboringan..hehehe..

    [Reply]

  8. kakeru on July 15th, 2008 8:07 pm

    Thanx n selamat datang Farah! Hopefully blog ini dapat memberi maklumat yg berguna. Nak kongsi ilmu kat sini pun buleh… :)

    [Reply]

  9. titan on July 15th, 2008 10:15 pm

    aik..sampai juga si farah ke sini..

    [Reply]

Got something to say?