Kisah Hidupku: Aku dan … (Part 2)

Kadang-kadang aku terpaksa membayar sesuatu yang tak terancang di dalam plan bulanan aku. Secara tiba-tiba aku kena membayar untuk sesuatu yang datang tak diminta, mana nak cekau duit kalau tiba pertengahan bulan kan? Terpaksalah aku keluarkan saving yang ada untuk membayarnya.

Jika begini hidupku, bila lagi aku dapat mulakan sesuatu yang baru? Puasku berfikir. Jadi beginilah caranya, aku perlu lakukan sesuatu untuk menambah incomeku. Orang kata passive income, income yang kita dapat tanpa bekerja.

Aku pernah merasainya sedikit, semasa aku membeli 1 unit stock market di pasaran (tapi ini jadi saving, bukan passive income faham?). Aku beli $20 pada ketika itu, kemudian aku dapat menjualnya sebanyak $30. Dapat jugalah aku merasa untung $10, seronok rasanya dan ia telah membuatkan aku memikirkan sesuatu.

Ya, aku mahukan sesuatu perubahan dalam hidupku tambahan pula setelah aku mempunyai seorang anak. Aku mula membeli 10-20 unit stock tambahan dan menjualnya kemudian. Pernah juga aku jatuh disebabkan harga pasaran yang tidak menentu.

Namun, tepat pada masanya aku jadi seronok bila aku dapat menjual stock yang berharga $10 seunit menjadi $50 per unit. Baiklah stock yang kubeli sebelum itu masih berbaki 25 unit lagi, hoho… Kamu lihat, aku sudah mula menambah saving bulananku sendiri, rezeki anak mungkin.

Dalam keriangan yang melanda, apa yang buatku gembira hari ini tidak menjanjikan apa-apa untuk esok. Company tempat aku bergantung harap selama ini terlalu rapuh sehinggakan aku termasuk dalam senarai retenchment.

Apa sudahnya, saving yang aku kumpul sedikit demi sedikit juga mula menyusut untuk tempoh 2 bulan selama aku menjadi penganggur terhormat. Hidupku mula tak stabil. Setelah tamat 2 bulan, aku diterima bekerja dengan status yang sama juga. Tidak berubah.

Selama itu juga aku mengumpul strategi hidupku sendiri. Aku mula membeli sebiji rumah 2/ 3 yang memberikan aku passive income sebanyak $220 per month. Alhamdulillah, rezeki anak lagi nampaknya sebab aku ditakdirkan memiliki satu lagi cahaya mata. Amin.

…to be continued (part 3)

3 Responses to “Kisah Hidupku: Aku dan … (Part 2)”

  1. shamxo on July 19th, 2009 1:26 am

    perghhh…panjang gak kisah ko ni kakeru..

    jangan patah semangat..rumah tu aset beso ko tu..

    gue lagi la tadak aset lagi…waaaaaa

    rasa cam nak nangis

    [Reply]

  2. kakeru on July 19th, 2009 1:38 am

    Hurmm..tu la pasal Shamxo. Tapi takper, jgn patah semangat utk membaca sambungan kisah ni eh..hehe…

    p/s: 1 episod jer lagi.. ;)

    [Reply]

  3. Kisah Hidupku: Aku dan … (Part 1) : Mind Talk on August 21st, 2009 11:20 am

    [...] …to be continued (part 2) [...]

Got something to say?