Kisah Hidupku: Aku dan … (Part 1)

Ini kisah aku. Aku lahir dengan kerjayaku sendiri, kerja yang telah menjadi pilihan hatiku. Kamu tahu apakah title hidupku? Ya, seorang mekanik berjaya…yang juga mekanik cabuk mungkin…ahah… Namun, aku masih menganggap aku di ambang kejayaan.

Kamu tahu mengapa? Meh sini, biar aku ceritakan serba sedikit mengenai kisah hidupku di dunia ini. Sebermula kisah ini, kamu juga tahu aku seorang apa bukan? Ya, kehidupanku sungguh biasa sahaja bersama gaji bulananku yang hanyalah $2K… Lihat, sikit bukan…?

Jika kamu seorang lawyer yang berpendapatana $7.5K, kau mungkin akan memandangku sebelah mata sahaja. Aku tahu siapalah aku. Namun, aku pasti kamu akan memandangku dengan kedua-dua belah matamu dan percaya aku sangat hebat malah if and only if gaji kamu lebih rendah daripadaku.

Begini, katakan kamu seorang cleaner yang berjaya, apakah pandanganmu kepadaku? Ya, cukuplah jika kamu mengatakannya kepada diri sendiri. Walau apapun, nilai paycheck aku dalam kiraan USD…bukan RM ya. Thus, jangan salah anggap mengenai status hidupku..hoho…

Dengan gaji sebegitu, cashflow aku per month tentulah sedikit, malah tidak memberangsangkan langsung. Ditolak dengan home mortgage, car loan, credit card (eh, aku pun masih dapat apply credit card ape…hoho…), retail debt dan segala expenses bulanan, aku hanya mampu membuat saving lebih kurang $600 per month.

Uhh, walaupun agak teruk..lebih baik ada daripada tiada satu sen langsung… Itulah hakikat yang aku mesti terima. Betapa lama aku bekerja, itu sahaja yang mampu aku lakukan. Aku beredar dalam duniaku sendiri, alam rat race yang betul-betul mencabar hidup. Bosan, tension, dan pelbagai perasaan lagi muncul.

Hari-hariku lalui seperti biasa, tiada langsung istimewanya. Walaupun aku punya impian yang melangit, ia tak pernah berkunjung tiba. Entah bilalah kehidupanku akan berubah. Pergi kerja, balik kerja, cukup bulan dapat paycheck. Tambah pula hidup ini sering diselang-selikan dengan pelbagai doodads yang melata…pergh, perit rasanya.

…to be continued (part 2)

*credit gambar to dreamstime.com

14 Responses to “Kisah Hidupku: Aku dan … (Part 1)”

  1. taukey on June 26th, 2009 8:10 am

    fuyoo….macam baca novel ni. bila nak ada sambungan. hehehe. menarik jer cerita.

    [Reply]

  2. kakeru on June 29th, 2009 12:43 pm

    Hehe..best ke Taukey? Ade lagi sambungannya nih, nanti sambung baca eh ;)

    [Reply]

  3. aku on August 14th, 2009 3:39 am

    Kakeru, ayat awak nampak belagak sikit..agak poyo.. maaf kalau terasa. Gaji $2k, ngan Usd Paycheck, itu bermakna RM6 ribu lebih, tapi awak merasa kan x ckup.

    Saving USD600, bersamaan RM1200 lebih untuk saving, gaji sebulan utk gov servant kat KL. Tapi awak komen aper…?

    Uhh, walaupun agak teruk..lebih baik ada daripada tiada satu sen langsung…

    POYO….

    [Reply]

  4. kakeru on August 14th, 2009 3:38 pm

    Salam aku,
    Thanks utk komen awak. Yup, maybe ayat tu nampak poyo. Tp kisah ni tak real pun..hoho… Nampaknya, awak kena baca sampai ke Part 3, baru awak akan faham.

    Pasni, saya ada sambungan lagi sbg conclusion utk ketiga2 sekuel tersebut. Harap awak dapat mengikutinya dan memahaminya satu persatu. Selamat membaca!

    p/s: Thanks untuk komen awak dan selamat datang ke blog yang tak seberapa nih ;)

    [Reply]

  5. aku on August 14th, 2009 5:54 pm

    Wasalam Kekaru, Saya minta maaf atas apa yg saya tulis, saya tak baca part 2 dan 3. Sory? Rat race, bet awak suka baca buku Robert kiyosaki. Harap2 awak dapat mengapai impian awak.

    P/S: Kagum ngan cara awak balas, sungguh diplomatik.

    [Reply]

  6. kakeru on August 14th, 2009 9:17 pm

    Salam kembali aku,

    Never mind la aku. Serius saya langsung tak amik kisah pun dengan apa yang awak katakan. Sebab saya dah agak, awak mesti tak baca lagi keseluruhan cerita yang saya nak sampaikan.

    Just nak sampaikan sumthing yg saya rasakan penting utk semua org termasuk kita. Harap2 kita sama2 dapat menggapai impian kita, keluar dr rat race ni bbrp tahun lagi, yeay!!

    p/s: Thanks sekali lagi utk komen awak. Harap2 kita dapat bertukar2 pandangan lagi. Trimas!
    p.p./s: Robert Kiyosaki – dialah Rich Dad saya ;)

    [Reply]

  7. RF on August 18th, 2009 4:28 am

    Wasalam kekaru, nape lama x update. Jom tukar link…saya dah add kekaru.

    http://www.my4xblog.blogspot.com

    [Reply]

  8. kakeru on August 18th, 2009 11:24 pm

    Salam kembali RF,
    Maafkan saya sgt2, mmg dah lama tak update skang nih..huhu…
    Ada bbrp kerja yg perlu disetelkan segera.
    Insya-Allah saya akan update nanti.
    Terima kasih kerana mengingatkan… ;)

    p/s: Saya akan add blog awak jap lagi. Jgn risau ya!

    [Reply]

  9. wanwma on August 27th, 2009 9:37 am

    kalau Kakeru dapat saving 600 per month kira orait la tu…ramai lagi geng2 saya yang gajinya hanya RM600 per month…nak makan pun kena pikir 2 kali….

    [Reply]

  10. kakeru on August 27th, 2009 9:40 am

    Wan, baca sampai abes ke part 3 tau. Nanti salah faham lak..Selamat membaca! hoho… ;)

    [Reply]

  11. Defunct Poet on September 21st, 2009 4:27 am

    Selamat Hari Raya Kakeru. Maaf Zahir dan batin.

    Ingat lagi tak, Komen dari “aku”. “aku” itu adalah aku.

    Jum Link Exchange.

    http://www.defunctpoet.com

    [Reply]

    kakeru Reply:

    Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kembali Defunct Poet. Thanks coz sudi singgah blog ini lagi. Nanti saya letak link awak kat blog saya ni ya. Terima kasih kembali ;)

    [Reply]

  12. jawatan kosong on December 5th, 2009 11:34 am

    Janganlah pandang sebelah mata saja, setiap jawatan kerja patut kita syukurin. Tak perlu hiraukan apa kata orang. Yang penting kita senang dengan kerja kita.

    [Reply]

    kakeru Reply:

    Hehe.entry nih refer keje Ms.Mechy time kat dalam Cashflow Game. Jangan salah faham lak encik jawatan kosong..hoho.. ;)

    [Reply]

Got something to say?