Pernah Dengar Tentang Social Bookmarking tak?
Saya pergi ke kelas IM tadi namun terlewat disebabkan kesesakan jalan, tambah pula dengan hujan yang renyai-renyai sebegini, hurmm…apa nak buat. Perjumpaan sepatutnya berlangsung setiap Jumaat minggu pertama, namun disebabkan ada program EAP yang berlangsung menyebabkan monthly gathering ini tertangguh.
Kali ini kami menambah ilmu mengenai laman-laman web sosial yang ada di internet. Ada banyak kategori laman social yang ada sebenarnya iaitu laman social marketing, social bookmarking dan social networking. Saya cerita dulu pasal social boorkmarking ya, yang lain after this okey!
Social Bookmarking: Site yang membenarkan pengguna menghantarkan seberapa banyak post daripada site yang mereka suka. Ada top 10 laman social bookmarking yang patut anda kunjungi sekarang, iaitu:
Biasanya laman-laman social bookmarking ini menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan. Hurmm…agak-agak anda ada tak user yang menggunakan laman sosial sebegini untuk blog berbahasa Melayu ya? Kalau tak silap saya, ada juga sekali dua ternampak user yang menggunakan BM, tapi kurang pasti kesahihannya.
Antara kelebihan menyertai laman sebegini ialah anda akan dapat menarik visitor ke laman web/ blog anda setiap hari. Yup, kan ramai pengunjung yang bersosial di sana setiap hari, takkan tiada langsung yang tersasar ke blog anda…betul tak?
Kelemahannya pula ialah ia tak mampu nak menarik visitors datang ke blog anda secara beramai-ramai dalam satu-satu masa. Jika baru hari ini anda mem’bookmark’ entry blog anda, jangan pula mengharapkan kehadiran visitors secara tiba-tiba esok hari. Itu tak mungkin!
Jika anda juga merupakan seorang internet marketer/ blogger yang memerlukan kehadiran orang ramai ke blog anda, jangan pula berharap anda akan menjadi jutawan pada keesokan hari. Percayalah, itu memang tak masuk akal!
Apa yang penting, anda semua dapat melakukannya secara consistant dan berhemah. Sikit-sikit lama-lama ramai la pengunjung blog anda nanti tu. Satu lagi, biasanya laman sebegini mengguna soft-selling technique jika anda memang berniat untuk menjual sesuatu.
Perlu diingatkan, NO HARD SELL DI SINI. Noktah. Sebab apa? Ia mengambil masa yang agak lama sedikit jika anda ingin menjadi seorang IM melalui cara sebegini. Sebab apa? Orang hanya ingin membeli sesuatu daripada anda jika dan hanya jika mereka mengenali seterusnya mempercayai anda.
Apa kata anda berikan sedikit masa untuk mereka mengenali anda, boleh kan? Jika kena gaya, saya pasti anda akan dapat menjana pendapatan melalui kaedah mudah seperti ini. It’s not only if you are a luckyman/ girl, just try it. Semoga Berjaya!
p/s: Keith bakal mengadakan kelas internet marketing design awal Jun nanti. Dia akan mendedahkan how he design all the great stuff. Yes, I’m really looking for this type of course…seems my pray comes true. Thanks Allah.
p.p/s: There are also an opportunity for us to grab – chance to be one of the apprentice designer under Keith. WOW, whatta great man!
Category: Social Site | Tags: social bookmarking site, social boorkmarking, social marketing, social networking 2 comments »

May 16th, 2009 at 1:00 am
Social Bookmarking ni sedikit sebanyak boleh membantu dalam meningkatkan traffic ke blog =)
[Reply]
May 16th, 2009 at 1:25 am
Yup, Blinkky. Macam tu la lebih kurang…salah satu cara utk menarik trafik. Tp aplikasi tu utk BI sahaja ke? Saya kurang pasti. Tapi klu blogger Malaysia yg menggunakan BM di dalam blog mereka, boleh guna khidmat blog directory yg made in Malaysia utk tujuan in. Ermmm…betul tak?
[Reply]