Kenapa Anda Perlu Baca Majalah IM Edisi 13? Sebab…
Majalah IM Edisi 13 telah mendedahkan Rahsia Blogging hasil daripada interview Pihak Majalah IM dengan seorang Pro-blogger tanah air yang terkenal, saudara Rohaizad. Jika anda seorang blogger tegar, saya pasti anda begitu mengenali siapakah blogger yang saya maksudkan itu.
Yup, saya mengenali beliau secara tidak sengaja selepas melalui sesi blog hopping lebih setahun yang lalu. Entah macam mana saya boleh tersesat di blog Rohaizad.com tu pun saya tak tahu, seterusnya telah menjadi salah seorang silent reader di sana dengan jayanya…ohh…
Menyelusuri sesi interview tersebut, saudara Rohaizad bercerita mengenai permulaan kisah beliau sedari awal penglibatan beliau dalam arena blogging. Bermula dari tahun 2005, beliau mula bergiat cergas dalam aktiviti blogging ini dengan menggunakan platform paling mudah ketika itu iaitu blogspot.
Setahun kemudian, beliau mula menggunakan domain dan hosting sendiri untuk mula menjana wang melalui program Adsense. Beliau juga sering mengkaji 3 blog tempatan iaitu ___, ___ dan ___ dalam mencari idea bagaimana blog mereka boleh menjadi terkenal. Beliau amat yakin dengan apa yang beliau lakukan.
Sejak tahun 2006 juga, bilangan blog beliau turut semakin bertambah. Berkat kesungguhan dan disiplin yang ada, beliau telah pun berjaya menjana pendapatan menerusi blog-blog pendapatan yang mencecah puluhan blog secara full time. Hebat kan?
Sumber pendapatan beliau kebanyakannya terhasil daripada menyewa ___ untuk ___, menjual ___ di ___ atau ___ link. Sumber pendapatan beliau yang terbanyak pula adalah hasil daripada ___post. Setakat artikel ini ditulis, beliau juga turut menawarkan khidmat personal coaching bagi sesiapa yang benar-benar ingin menjana pendapatan menerusi blog.
Bercakap berdasarkan pengalaman, saudara Rohaizad juga telah berkongsikan cara bagaimana untuk menjana pendapatan dari blog. Sebagai seorang blogger, beliau sering berhubung dengan dua jenis ___ bagi meletakkan ___ di blog beliau. Namun, beliau lebih menggemari ___ yang menggunakan ___.
Mengapa agaknya? Sebab kita masih boleh berunding dengan ___ untuk meletakkan ___ di blog kita dengan bayaran $50-$80 setahun. Jika kita pandai tawar-menawar, bayaran sebanyak $100 setahun tentu bakal menjadi milik kita nanti, WOW!
Anyway, perlu diingat bahawa membangunkan dan memajukan blog tidaklah semudah membinanya. Antara pesanan beliau kepada blogger baru ialah jangan suka memberi alasan! Jangan pula terikut dengan kata-kata orang, perlu ada minat dahulu baru apa-apa yang dibuat mendatangkan hasil.
Takkan kita mahu menunggu orang lain sudah berkereta besar dan memiliki pejabat besar, tetapi kita tetap di takuk yang sama lagi? Mulai hari ini berhentilah melihat kejayaan orang lain. Apa yang penting, cari peluang dan ciptalah kejayaan sendiri. Insya Allah akan berjaya.
So, apa tunggu lagi? Jom berblog lah!
p/s: Bagaimana? Sudah cukup mengenali pro-blogger tegar ini tak? Klik di sini untuk mengenali beliau lebih lanjut.
p.p/s: Anda masih tak faham lagi ke dengan apa yang saya katakan di atas? Yup, dah tentulah sebab data di atas sememangnya masih tidak cukup sempurna sehinggalah anda mendownload Majalah IM Edisi 13 di sini secara PERCUMA. Selamat membaca!
Category: Review Majalah IM | Tags: blog, Blogging, Download Majalah IM, Majalah IM, Majalah IM 13, Majalah IM Edisi 13, Pro-blogger, Review Majalah IM, Rohaizad.com 11 comments »

May 30th, 2009 at 12:49 am
oooo.. jadi silent reader kat sana ekk!
[Reply]
May 30th, 2009 at 11:22 am
Hehe…biasalah tu. Saya mmg suka klu jadi silent reader sbb tatau nak komen apa kekadang tu..huhu… Yup, saya juga dah jadi silent reader blog awak, tahu tak? hehe…
p/s: Silent reader-part of my hobby kut
[Reply]
May 30th, 2009 at 11:49 am
berblog sudah…tapi nak dapat ribu riban tu tak mampu…hehehe
[Reply]
May 30th, 2009 at 12:50 pm
semua orang main silent-silent sekarang. Ingat hp je leh silent..
[Reply]
May 30th, 2009 at 10:51 pm
Kak Jie, sama la kita eh..hoho…
Hehe..biasa la tu eyeman. Ingat henpon je ke yg leh main silent2..ahaha…
[Reply]
June 4th, 2009 at 10:33 pm
Kengkadang kalau terlalu silent pun boring gak. tak dapat nak kongsikan dengan kengkawan. mana tau apa yang kita rasa serupa dengan orang lain yang rasa. heheh~~
[Reply]
June 5th, 2009 at 2:45 am
Hihi..itu macam ka aiereast…? Lain org lain rasa kot. Takpe, saya cuba
[Reply]
June 10th, 2009 at 7:24 am
agak lmbt la nk download file pdf ni
[Reply]
June 11th, 2009 at 8:42 am
Salam Zul,
Kadang2 memang lambat nak download, sabar n tunggu dulu…Insya-Allah akan dapat download. Biasa saya gunakan IDM (Internet Download Manager) utk mempercepatkan proses download nih. Try la guna
[Reply]
June 16th, 2009 at 3:30 pm
Owah cepatnya hantar Review..
AJ baru sahaja dah buat Review untuk MajalahIM Volume 13/Mei 2009 ini.
Ada kelapangan datanglah review & komen-komen sikit.
[Reply]
June 16th, 2009 at 3:33 pm
Hi wawwi,
Ni review lama dah.. Skang dah ada edisi yang baru, tak wat review lagi..huhu.. Nanti insya-Allah saya akan review.
p/s: Best gak blog awak tu, tp tak sempat komen lagi..maaf ya, huhu..
[Reply]