Majalah IM Edisi 14: Rahsia MRR yangTerbongkar!

Pernahkah anda terfikir untuk menjual produk digital yang merupakan hak orang lain di internet? Adakah anda tahu anda sebenarnya boleh berbuat sedemikian? Malah anda juga boleh menerima bayaran yang 100% masuk ke poket anda sendiri. WOW, hebat!

Ya, anda sememangnya boleh menjual produk digital kepunyaan orang lain namun dengan beberapa syarat tertentu. Apa yang ingin saya jelaskan ialah berkenaan dengan beberapa istilah yang berkaitan dengan hak cipta produk digital yang sepatutnya anda tahu dalam dunia internet marketing.

Sewajarnya, anda perlu tahu berkenaan hak anda sebagai seorang pembeli dan pengguna produk digital. Kadang-kala anda memiliki distribution rights (hak edaran), Personal Use Only (Kegunaan Sendiri), PLR (Private Label Rights), RR (Resale Rights) mahu pun MRR (Master Resale Rights). Ini terpulang kepada pemilik produk sendiri yang berhak mengeluarkan lesen untuk setiap produk mereka.

Jika anda memiliki lesen PLR, anda berhak untuk mengubah produk tersebut mengikut citarasa anda sendiri dan boleh juga menjualnya. Lesen RR pula membolehkan anda menggunakan produk tersebut dan boleh juga menjualnya kepada orang lain. Namun pembeli produk yang membelinya daripada anda tidak boleh menjualnya kepada orang lain (Personal Use).

Produk MRR pula membolehkan anda mengguna dan menjual produk tersebut berserta lesen resell rights (kebenaran menjual semula) kepada pembeli. Thus, pembeli produk tersebut dapat menjualnya pula kepada orang lain, namun pengguna kedua (macam secondary consumer lak aih..haha..) tidak mempunyai hak untuk menjualnya kepada orang lain (Personal Use).

Sebenarnya, anda mempunyai potensi yang besar untuk menjana wang jika anda mempunyai hak jualan seperti di atas. Tambahan lagi anda tidak perlu bersusah payah untuk menghasilkan produk anda sendiri, bagus bukan? Ya, itulah model perniagaan yang telah dilakukan oleh Abooain (seorang internet marketer yang hebat) seawal penglibatannya di dalam bidang ini.

Anda memerlukan plan dan strategi yang unik, kreatif dan berbeza untuk menjana wang daripada produk-produk seperti ini. Contoh bagi produk PLR yang anda miliki, adalah tidak bijak jika anda menjualnya tanpa melakukan sebarang perubahan langsung. Malah anda juga tidak sepatutnya bermain dengan ‘harga’ produk (menjual dengan harga yang lebih rendah) sehinggakan produk tersebut hilang nilai (devalue).

Cara yang terbaik ialah dengan membuat kelainan terhadap produk tersebut seolah-olah andalah pemilik sebenar produk tersebut. Yup, jika anda mahu menjadi usahawan yang hebat, apa kata jika anda bersaing dengan pengedar-pengedar lain? Mana tahu anda berpeluang mendapatkan jualan yang lebih memberangsangkan…who knows, right…?

Anda bukan setakat menukar nama produk, sedikit isi kandungan dan ecover produk sahaja pada produk tersebut. Anda juga turut meletakkan beberapa produk tambahan sebagai sokongan kepada produk utama yang anda jual kepada para pembeli. Sekurang-kurangnya, produk anda nampak lain dari yang lain…taklah sama jer dengan 200 competitor yang lain…

Okey, itu sahaja untuk kali ini. Entri ini sememangnya tidak lengkap jika anda tidak mendownload Majalah IM Edisi 14 itu di sini. Percuma sahaja buat anda, apa tunggu lagi. Downloadlah sekarang!

Category: Review Majalah IM | Tags: , , , Comment »


Leave a Reply



Back to top