Pesanan buat Newbie

Di sini saya ingin mengupas serba sedikit masalah newbie yang baru berjinak-jinak untuk mengenali dunia internet. Namun orang seperti inilah yang menjadi sasaran kepada golongan yang mahu kaya cepat dan ingin mengaut keuntungan dengan senang. Klik di sini untuk satu kisah tauladan

Sebenarnya, masalah ini boleh diatasi oleh newbie sendiri, elakkan diri daripada teripu dengan skim-skim penipu seperti yang ada sekarang termasuklah Monsun Biz dan WangMatrix.net.

Mungkin disebabkan oleh lambakan iklan ada di televisyen menyebabkan semakin bertambahlah bilangan orang kaya cepat seperti ini. Maka semakin ramai jugalah newbie yang masih baru dengan dunia ini menjadi mangsa mereka yang tidak berhati perut langsung!

Nasihat saya bagi mereka yang masih baru ialah belajar dan carilah maklumat terlebih dahulu. Bagi saya, perkara yang terbaik ialah menghadiri mana-mana seminar yang berkaitan untuk mendalami ilmu tentang perniagaan internet.

Namun, anda sepatutnya mencari maklumat selengkapnya mengenai organisasi tersebut sebelum menghadiri seminar itu. Jika anda menghadiri seminar orang-orang yang telah dikenali ramai seperti Irfan Khairi dan SaifulSham, itu tidaklah menjadi masalah kerana mereka termasuk dalam senarai yang dipercayai.

Bagaimana jika anda ingin memasuki seminar yang dikendalikan oleh seseorang yang kita tidak kenali? Jika begitu, anda perlu sertai kelas preview pihak penganjur seminar terlebih dahulu sebelum menyertai kelas tersebut.

Biasanya kelas preview sebegini adalah percuma. Dari situ nanti anda dapat mengenali mereka dengan lebih lanjut. Anda juga berpeluang untuk menilai mereka sendiri dan mempertimbangkan sama ada hendak menyertainya atau tidak.

Salam kejayaan buat anda!

Category: Sticky Notes | Tags: , , , 6 comments »

6 Responses to “Pesanan buat Newbie”

  1. Din Beramboi

    Hurmmm…mcm pernah baca jer citer tu..hehe. Apapun, sama2 amik iktibar. Mangsa td ada contact saya..dia bg permission utk letak citer dia tu.

    Tq sb backlink.. :D

    [Reply]

  2. taukey

    hehehehe….thanks sb back link jugak. hehehe. paling bagus utk tidak ditipu adalah memasuki forum wangcyber.

    pelbagai maklumat yang berguna terdapat disana.

    [Reply]

  3. samdaddycool

    ….pada ‘very’ newbie (aku pon newbie )… berhati, berhati di jalan raya…..

    carilah sifu (kalau sifu dlm net- yg tak kenal, try buat homework, search detail pasal dia, tgk reputation,) jgn main belasah je dengar dia goreng macam2…

    [Reply]

  4. kakeru

    Din, kredit to you untuk kisah tersebut. Kisah ni kan kisah teladan, sama2lah kita mengambil pengajaran…Boleh kan?

    Taukey, thanx juga atas pembongkaran rahsia tersebut. Takut ramai pula yang tertipu nanti kalau tiada siapa yang membongkarnya.

    Sam, sama2lah kita. Pendapat awak ni dah pun saya bincangkan dalam entry terbaru. Thanx a lot :)

    [Reply]

  5. titan

    hem..akui dah jumpa banyak kes sejak 3-4 tahun lepas. So, nasihat aku. berhati-hati.

    [Reply]

  6. kakeru

    Betul tu Titan. Kalau org nak kaya cepat mesti dah lama kena, klu newbie kena study lebih sikit atau dapatkan sorng mentor utk kita refer nanti

    [Reply]


Leave a Reply



Back to top