My 6 best investment

Salam buat semua. Hari ni saya nak cerita sikit mengenai beberapa investment yang terbaik pernah saya lakukan. Oh ya, ini ialah jawapan bagi pertanyaan daripada Titan, saya orang ke-6 yang perlu membalas tag tersebut.

Umumnya, saya memperuntukkan masa, tenaga dan wang untuk setiap investment saya. Saya percaya dengan kata-kata Thomas Matthew dalam buku beliau yang bertajuk My Formula, “The rich allocate their time, money and energy efficiently in ways that are conducive to building wealth”.

Berikut ialah antara 6 investment yang terbaik dalam hidup saya setakat ini:

1. Kelas internet marketing, bengkel dan seminar

Bermula daripada tahun lepas saya menyertai kelas internet marketing, setakat ini memang bagus. Bukan setakat dua hari kelas untuk saya kenal apa itu internet marketing, it’s more than that! Saya banyak belajar daripada xifu saya mengenai macam-macam perkara, marketing, motivasi dll. Apa yang bagus, saya still mendapat support istimewa daripada rakan sekelas including xifu saya sendiri. Setiap bulan kami diwajibkan menghadiri supporting class untuk memtoivasikan diri setiap ahli.

Bengkel dan seminar pula merupakan aktiviti susulan saya bermula tahun ini. Saya akan pastikan ROI bagi investment ini bertambah setiap hari!

2. Buku

Tanpa buku, saya takkan kenal siapa saya, potensi diri saya dan juga pelbagai perkara yang saya tidak tahu. Minda saya terbuka untuk melihat dunia, belajar dengan pengalaman orang pun salah satu cara untuk berjaya. Saya memang tak kisah untuk berhabis wang demi buku. Siapa saya tanpa buku? Without them, saya pasti takkan mengenali Robert T.Kiyosaki dan Rich Dad…alangkah ruginya saya, oh!

Cita-cita saya mahu mempunyai sebuah perpustakaan mini di rumah sendiri. Cita-cita kecil ini saya tuliskan dalam karangan saya semasa saya di Tahun 6 lagi, maka saya akan pastikan kejayaan saya membina sebuah perpustakaan mini sendiri suatu hari nanti.

3. Compaq Presario V3000 & Lumix (Panasonic DMC-FX50)

Inilah banda paling berharga dalam hidup saya, si Compaq yang saya beli setahun yang lalu. Ohh…terlalu susah hati saya tanpa dia… Bila dia sakit pun saya dah tak keruan. Tak dapat nak bayangkan kalau dia tiada dalam hidup saya. Saya kenal dunia internet ni melalui dia, menghadiri kelas internet pun bersamanya. Sehari tanpa dia? Oh…tidak. Cuma dia tak mampu mendengar, saya juga tak mampu nak berkata…faham ke dia kalau saya beritahu? Tapi dia tahu, siapalah dia tanpa saya..hehe…

Macam tu juga dengan si Lumix, saya pasti akan membawanya ke mana-mana event untuk merakam rasa. Mengambil gambar xifu dan teman-teman seperjuangan membangkitkan rasa seronok dan membuatkan saya berkata “Saya akan jadi seperti dia”…dan saya percaya!

4. Talian Streamyx

Setiap bulan saya mesti membayar RM77++ untuk unlimited time access ni, oh! Tanpa streamyx ni, saya memang takkan kenal dunia online la jawabnya. Kadang-kadang rasa perit juga nak membayar. Maklumlah campur tolak bahagi darab pun bayaran sebulan lebih kurang RM110. Tapi, online punya fasal…no hal. Saya tak kisah.

5. Ebook IM Melayu

First time saya beli ebook orang Melayu ialah mengenai cara setup blog daripada IM SmartZul. Alhamdulillah, sejak itu saya mula kenal dunia internet marketing Melayu selain daripada Dr. Irfan Khairi. Sebelum ini saya cuma kenal internet marketing daripada orang cina sebab saya menyertai kelas xifu sahaja sebelum itu.

Selepas mengenali internet marketer dari kalangan orang Melayu, baru la saya mengenali mereka seorang demi seorang. Menyertai WangCyber, memberi komen di blog berbahasa Melayu, berym sambil menjalinkan ukhuwwah. Memang seronok dan mengujakan. Saya dapat berkawan dengan mereka yang berhati dan berjiwa besar di kalangan orang Melayu sendiri.

Bila bersemuka dengan mereka pun kita dapat rasakan semangat untuk pergi lebih maju. Terima kasih buat mereka termasuklah IM Yusry, Syed Ikhwan, Labanon & Team FlareBiz, Abooin, Alang, Shuth, Wan BolaCyber, Din Beramboi & Team SmartBrain, komenebook dan lain-lain.

6. Takaful dan perbelanjaan untuk kesihatan

Setiap bulan saya wajib menabung sejumlah wang dalam dana takaful. Robert Kiyosaki kata kita perlu ada insurans (takaful for muslim) sewaktu kita tidak memerlukannya. Sebab kalau masa tu kita dah terdesak memerlukan perlindungan seperti ini, sudah tiada peluang lagi untuk kita sign up.

Ya, siapalah mahu menanggung ketidakupayaan anda secara tiba-tiba? Contohnya tiba-tiba anda terkena barah, then anda sign up takaful semata-mata untuk mengelakkan diri daripada terpaksa membayar perbelanjaan perubatan yang terlalu tinggi. Syarikat manalah yang terlalu bermurah hati untuk melakukan amal bakti seperti ini istimewa buat anda? Fikir-fikirkanlah…

Satu lagi, saya juga turut membeli sedikit makanan kesihatan. Orang kata ‘wealth is health’. Kalau badan tak sihat, saya tak dapat melakukan sebarang kerja. Ini pasti akan membazirkan waktu saya yang sepatutnya saya allocate untuk pelbagai kerja yang terlalu berfaedah. Tambah lagi Allah pun sudah bersumpah demi masa, means kita akan rugi jika membazir waktu sewenang-wenangnya. Thus, jagalah kesihatan anda dan jangan bermain-main dengan masa. Buruk padahnya!

*Okey, itu sahaja untuk kali ini. Maaflah jika saya mengambil masa yang terlalu lama untuk anda membacanya, hehe… Maaf ya!

Rasanya ini satu tag yang disebarkan oleh Titan dari rakan blogger yang lain. Thus, saya nak rakan-rakan blogger yang lain pula menjawab tag ini. Blogger yang bertuah tersebut ialah Din Beramboi, Pakar ClickBank, PakarHowTo, Syuxx, Taukey dan BantingBoy. Tak paksa, ikut suka anda semua…mana tau boleh share cerita kan?

“Sharing is caring”

Category: Tag | Tags: , , 5 comments »

5 Responses to “My 6 best investment”

  1. samdaddycool

    err.. bukan bantingboy tu titan?? takkan kena sekali lagi.. :P

    [Reply]

  2. Din Beramboi

    Ayyooo..saya pun terkena..adesh. :D Ok la, saya akan jawab insya-Allah..

    Investment Kakeru ni bagi saya sgt besar bagi saya. Insya-Allah impian tu akan dpt dicapai x lama lg. :D

    pengorbanan yg besar + usaha yg besar = $$$$$ yg besar

    Good lark.

    [Reply]

  3. Din Beramboi

    Bantingboy tu org alin la Sam..huhu.

    [Reply]

  4. taukey

    orang lain ke? betul erkk? aku mati-mati ingat tu titan. hehehe. tapi kalau tak pun dia nyer ghost buster. hehehe. aku kena tag. wahduh wahduh :D

    [Reply]

  5. kakeru

    BantingBoy tu siapa ye? Saya pun tak kenal, cuma dia selalu singgah blog ni…

    Din, jawab tag ni nanti ya. Din nyer investment mesti lagi hebat kan? Apa gaknyer eh…?

    Taukey, awaklah antara the lucky person yg kena tag..haha.. Jawab jgn tak jawab :)

    [Reply]


Leave a Reply



Back to top