Kisah Si Tipah yang Tertipu…

Pertama sekali biar saya bertanya, adakah anda masih baru dengan dunia internet? Atau pun anda merupakan seorang newbie yang berminat untuk menjadi seorang internet marketer yang berjaya? Lalu anda berhempas-pulas untuk menggali seberapa banyak khazanah ilmu internet marketing yang ada di dunia tanpa sempadan ini.

Tidak cukup dengan ilmu yang anda cari daripada ebook percuma, anda mula mendalaminya daripada seberapa banyak sumber ebook berbayar yang sedia ada di pasaran. Ya, anda bersungguh-sungguh, bergiat dan berusaha untuk mencari ‘rahsia’ yang anda rasakan dapat membantu anda untuk berjaya.

Namun, rahsia itu hanya tinggal ‘rahsia’ apabila anda tidak berjumpa dengan apa yang anda cari dalam ebook berbayar itu. Bukan 1, 2 ebook sahaja yang anda beli untuk menjadi seorang internet marketer yang berjaya, malah kalau dikira-kira sudah beratus ringgit telah anda belanjakan untuk tujuan tersebut.

Namun, segalanya hampa. Tiada satu ebook pun yang anda dapati membantu anda untuk bertemu dengan apa yang anda mahukan. Boleh kata, “all of them are rubbish!!” Jadi, apa gunanya anda membeli ebook tersebut jika tidak dapat membantu anda untuk menjadi seorang internet marketer yang berjaya?

Pendek kata, situasi saya juga sama seperti anda suatu ketika dahulu. Kisahnya begini:

  1. Saya juga seperti anda, mencari ilmu internet marketing – kaedah menjadi seorang internet marketer yang berjaya.
  2. Saya tidak pernah kenal internet marketer di kalangan orang Melayu namun saya benar-benar ingin memiliki satu ebook berbahasa Melayu. Saya fikir ia lebih mudah.
  3. Saya teruja dengan satu ebook yang bertajuk “…”. Tambah pula bila melihat laman web jualan, cover ebook dan beberapa testimoni yang ada, memang ia kelihatan benar-benar meyakinkan (kononnya…)!
  4. Tanpa membuang masa, saya terus membeli ebook tersebut.
  5. Namun, saya hairan kerana saya tidak menjumpai maklumat yang benar-benar saya perlukan (saya mempunyai sedikit pengetahuan asas mengenai ineternet marketing). Cuma ada beberapa muka surat yang menyatakan sedikit berkenaan dengan apa yang saya cari, itu pun hanya sekadar ada sahaja… Maklumat yang lain-lain adalah berkaitan dengan apa itu … secara amnya. Hurmm…maklumat yang boleh saya klik pada button search di Google itu sama sekali tidak membantu saya…!

Apa tindakan saya seterusnya? Sebenarnya saya tak tahu nak buat apa. Namun, apa yang saya ingat ialah saya langsung tidak pergi lagi ke blog/ laman jualan pemilik ebook tersebut. Kenapa? Sebab saya sudah tidak mempercayainya lagi!

Saya tahu, kisah saya adalah disebabkan oleh kesilapan saya sendiri yang tidak mengetahui apa-apa panduan langsung dalam membeli ebook. Saya tak tahu tentang:

  1. Siapakah sebenarnya penulis ebook tersebut?
  2. Bagaimana nak tahu ebook tersebut benar-benar berkualiti?
  3. Bagaimana hendak meminta refund sekiranya kita tidak berpuas hati?
  4. Apa dia Jaminan Wang Dikembalikan (Money Back Guarantee)?
  5. Bagaimana nak mengajukan pertanyaan jika ada masalah berkaitan ebook?

…and so on. Owh…banyaknya benda yang saya tidak tahu mengenainya. Thus, macam mana la saya dapat membeli ebook yang benar-benar dapat membantu saya nanti? Sebab itulah saya menyarankan anda agar memiliki satu panduan asas untuk membeli ebook.

Kenapa? Jawapannya mudah sahaja, saya tidak mahu ada Tipah yang bakal tertipu lagi…

p/s: sila PM saya di bahagian ‘contact me’ jika anda benar-benar berminat untuk memiliki  panduan membeli ebook ini. Ada hadiah istimewa buat anda!

Category: Great Product Review | Tags: 9 comments »

9 Responses to “Kisah Si Tipah yang Tertipu…”

  1. Komen Ebook - Panduan Beli Ebook - Panduan Asas Membeli Produk Digital, Tips Dan Tricks Khas Untuk Newbie - Versi 2.0

    [...] yang sudi membuat ulasan (review) berkaitan dengan Panduan Beli Ebook versi 2.0 ini. (taukey , kakeru ). Segala komen dan cadangan anda telah [...]

  2. spatt

    salah pilih ebook satu hal…
    information overload pun satu hal jugak…
    duit tengah banyak, bantai beli sume ebook…
    last2, satu hape x jadi.. :P

    [Reply]

  3. kakeru

    Yup Spatt. Bunyi macam best je beli ebook byk2… Kan dah overloaded info… Huhu…, penyakit yg sukar nak diubati unless there are FOCUS-FOCUS-FOCUS…ohhh…

    [Reply]

  4. earnword

    ehm..ramainya yang tertipu..

    [Reply]

  5. kakeru

    Memang macam tu pun Earnword, ramai yang tertipu sebab takde ilmu atau apa-apa panduan untuk membeli. Saya pun salah seorang daripadanya la tu..uuhh…

    [Reply]

  6. ilhamputra

    saya pon pernah berdepan situasi ni.overload information.tengok ebook baru dan testi yang best.rasa nak beli.

    [Reply]

  7. kakeru

    Hurmm..betul tu ilhamputra. Saya pun sama la tu, skang ni je baru kurang sikit..huhu…

    [Reply]

  8. ilhamputra

    yap.fokus dengan ape yang kita perlu buat.dan tengok apa kemampuan kita dahulu.

    [Reply]

  9. kakeru

    Yup, tu mmg betul. FOKUS..FOKUS..FOKUS…!

    [Reply]


Leave a Reply



Back to top