Evolusikan Mindamu, Anda Mampu HEBAT!

Dua hari lepas, saya telah menerima satu panggilan telefon daripada seseorang yang saya kenali. Saya pernah bertemu dengannya di dalam seminar Evolusi Minda yang telah dianjurkan olehnya sendiri tahun lepas. Beliau yang saya maksudkan ialah Puan Arina Abbas.

Puan Arina hanya bertanya khabar di samping bercerita mengenai seminar yang bakal tiba beberapa hari lagi. Ya, saya tahu serba sedikit mengenainya melalui emel yang dikirim serta iklan di dalam Majalah IM sendiri.

Ternyata seminar kali ini lebih menarik disebabkan terdapat beberapa elemen lain yang berkaitan turut disertakan. Pendapat saya, penambahan slot mengenai kaedah numerology ini amat bagus. Apa tidaknya, anda akan dapat mengenali diri anda sendiri melalui kod yang ada pada tarikh lahir anda.

Biar saya bertanya, tahukah anda apakah sebenarnya kekuatan yang ada pada diri anda? Ya, manusia sebenarnya terdiri daripada pelbagai kekuatan tersendiri. Saya pasti, dengan mengetahui kekuatan diri sendiri, anda pasti dapat pergi lebih jauh. Macam Shell Helix lebih kurang, malah lebih jauh lagi… Owh, alangkah ruginya jika anda tidak mengetahuinya…!

Bersama pengetahuan mengenai kekuatan diri anda ditambah pula dengan kawalan minda yang baik, saya pasti anda akan dapat apa yang anda hajatkan. Fikirkan begini, jika anda punya kekuatan tersendiri di dalam bidang lakonan…saya pasti anda akan dapat melakukannya dengan lebih baik berbanding 1000 orang yang lain yang tidak punya kekuatan seperti anda.

Anda cuma perlu tambah sedikit ilmu dan kemahiran sahaja supaya anda benar-benar menguasainya. Saya pasti dengan kekuatan + ilmu + kemahiran, anda pasti akan jadi pakar dalam bidang tersebut. Nampak payah, tapi jika disusuli dengan kawalan minda yang baik…saya pasti tiada apa yang mustahil. Percayalah!

Apa pun, banyak benda yang saya pelajari daripada seminar ini. Antaranya ialah, selalu fikirkan benda yang kita mahu, bukan benda yang kita tidak mahu. Saya tahu, ramai di antara kita semua selalu mendengar pernyataan sebegini bukan? Saya pasti anda pun sudah muak mendengarnya… So, samalah kita…hoho…

Buat pengetahuan anda, pandangan saya berubah setelah saya praktikkan apa yang saya belajar. Kalau dulu, saya selalu berdoa agar Allah mempermudahkan saya membayar hutang-hutang saya. Namun, apa yang berlaku ialah sebaliknya. Malah, saya rasa hidup saya semakin tertekan dengan hutang yang amat menyesakkan…

Banyak kali saya berfikir mengenainya, kenapa jadi sebegini…lain daripada apa yang saya harapkan. Fikir kembali, segalanya silap saya. Saya mula mengingati kembali apa yang telah saya pelajari daripada buku-buku yang saya baca tapi tidak diamalkan. Sehinggalah Puan Arina mengingatkan sesuatu mengenainya: apa yang kita katakan itulah yang menyebabkan kita berfikir mengenainya (Law of Attraction).

Contohnya sebegini: Saya ada hutang, so saya pun berdoa agar Allah mempermudahkan saya membayar hutang-hutang tersebut. Namun, apa yang terjadi adalah sebaliknya. Sebab, minda separa sedar (subconscious mind) saya hanya mengingat perkataan hutang sahaja, bukannya ayat penuh yang panjang lebar itu…

Since that, saya tukar doa saya menjadi sesuatu yang lain. Saya tak gunakan langsung perkataan hutang itu. Mula-mula saya tak percaya, namun lama-kelamaan minda saya memang tak terfikir pasal hutang langsung. Sedar-sedar masalah hutang saya telah pun ada penyelesaiannya.

Yup, saya telah pun dapat seperti apa yang saya cita-citakan semasa melangkahkan kaki ke seminar tersebut. Ingat kembali, permintaan saya jauh lebih kecil daripada apa yang saya dapat sekarang. Walaupun orang lain tidak menganggap ia hebat, namun ia sudah cukup hebat bagi diri saya. Malah impian terhebat saya turut menjadi kenyataan! Alhamdulillah, syukur kepada-Nya. Amin.

Sekarang, saya akan fight untuk sesuatu yang lain pula – this weekend. Mudah-mudahan usaha saya tidak sia-sia. Apa yang saya tahu, saya akan lakukan yang terbaik. Menang atau kalah, just put it aside. Yang pasti, saya mahukannya dan saya akan dapatkannya no matter what!

Inilah yang saya beritahu kepada Puan Arina, juga atas sokongan beliau membuatkan keinginan saya semakin menyala dan membara. Terima kasih!

Hard work will definitely be rewarded. The rest is to believe in yourself.

I create my life!

~T.Harv Eker, Secret of Millionaire Mind~

p/s: Artikel ini juga turut ditujukan khas buat rakan blogger yang terlalu banyak membantu, si komen-ebook. Thanks a lot!

2 Responses to “Evolusikan Mindamu, Anda Mampu HEBAT!”

  1. Rizal on June 7th, 2009 8:23 am

    Nice sharing, Kakeru…Evolusi minda? subjek ni memang menarik untuk dibincangkan. kekuatan minda sebenarnya sangatlah hebat, dulu saya pun pernah berfikiran negative dan sukar nak terima hakikat. Saya mula percaya kehebatan minda (dan elemen2 yang seangkatan) ni setelah bertemu dengan sorang ustaz. Hujah logik yang diberikan beliau cukup bernas!

    doa sahaja tanpa usaha tak jadi,

    usaha tanpa doa pun tak jadi.

    usaha, doa, berfikiran positive dan sedar potensi kekuatan diri baru boleh berjaya seperti yang dimahukan :-)

    p/s: nak tengok Kakeru plak terpampang dalam Majalah IM, can U?

    [Reply]

  2. kakeru on June 9th, 2009 4:17 am

    Salam Rizal,

    Thanks for your comment. Betul kata awak tu, doa, usaha n tawakkal tu penting disertai dengan beberapa benda2 lain. Hope awak pun akan berjaya dalam setiap usaha yang awak lakukan, gud luck!

    p/s: kakeru akan terpampang dalam Majalah IM…OMG, is that what u’re wishing for…? Bilakah…ohh… ;)

    [Reply]

Got something to say?