6 soalan buat anda – serius sangat ke nak jadi IM?

Jika anda benar-benar mahu mengambil peluang untuk menjana pendapatan di internet, sila bertanya soalan seperti berikut kepada diri anda sendiri. Sudahkah anda mempersiapkan diri untuk mengejar impian sebenar anda?
- Sanggupkah anda berkorban masa, wang dan tenaga anda untuk mencapai impian anda?
- Sanggupkah anda berhadapan dengan laptop selama mungkin untuk mendapatkan pulangannya selepas ini?
- Beranikah anda menghadapi cabaran untuk mengejar cita-cita anda? Bagaimana jika ada orang menggelakkan anda dengan impian anda tu?
- Bolehkah anda berkongsi sesuatu tentang apa yang anda tahu dengan orang lain seikhlas hati? Dapatkah anda ketepikan rasa kedekut ilmu dalam diri anda?
- Anda mampu berfikiran lebih luas tak? Rasa-rasanya mampu tak bagi anda untuk berfikir seperti seorang CEO yang mempunyai sebuah syarikat yang besar berbanding dengan seseorang yang mempunyai perniagaan part time sahaja?
- Percayakah anda bahawa anda mampu melakukannya?
p/s: Mengkaji dan menilai kelebihan dan kekurangan diri sendiri (muhasabah diri) itu lebih baik daripada mengkaji dan menilai cacat-cela orang lain… Wallahua’lam.
*Adaptasi daripada buku Internet Wealth Creation – for Internet Entrepreneurs
14 Responses to “6 soalan buat anda – serius sangat ke nak jadi IM?”
Got something to say?

my answer is simple. Saya sanggup!
Bagus Titan! Saya tahu awak mmg sudah berjaya menyanggupi kesemuanya… Congrats!
Sudah tentunya saya sanggup walaupun kekangan masa
Baguslah tu Dauz… Impian perlukan pengorbanan kita untuk berjaya. Tanpa pengorbanan, tiada gunanya memiliki impian kan?
(salam) buat kakeru dan komentars..
nice articles. enam perkara ni memang perlu ada dan ditanam dalam diri. kalau kekuatan internal dah terbina, apa saja yang mustahil boleh jadi tak mustahil!
Do or do not…there is no try!
Betul tu Komenebook! Kena latih diri utk berkata sanggup dan bertindak selari dgn kata2 tersebut. No more try!
rasanya cam baru pertama kali masuk sini. Saya sanggup gak! Namun saya masih belum bermula sepenuhnya…
Takpe Wan wma, kita ada banyak masa dan peluang lagi. Yang penting kita buat
masih dalam pertimbangan,
artikel menarik
Teresa, how? Masih dalam pertimbangan lagi ke? Thanx membaca artikel ini
ikutkan hati mmg suma nak..tp ssh gak nak jd im nih..kena tau semuanya..klu tak payah…hohoho..rasa2 korang la brp lama br seseorang tu mahir utk mnjd seorang IM??mksd aku kan..brp lama la kena blajar psl2 pc nih..sbb pengatahuan tentang ilmu pc sngt pnting..hehehe..org mcm aku ni tahle..tak brp lama tah…sape yg nak tlng ajar pun tak tau la..hehehe
Farah, dalam apa juga benda, kita kena buat bersungguh2…bagi sampai jadi. Kalau kita nak belajar, kena kuatkan semangat utk mendalami ilmu.
Kalau buleh, cari seorang mentor atau pergi ke mana2 kelas internet marketing utk dapatkan guide yg betul daripada internet guru tu sendiri. Lebih berkesan…!
Tapi, nak tak nak memang kena keluarkan belanja la…kira pelaburan utk masa akan datang… Apa salahnya kan?
farah, nak mahir senang aje. Buat benda yg sama berulang-ulang kali setiap hari. Kan dah mahir tu..
biarpun bende yg sama dan kita rasa bosan. Tapi klu leh wat duit, teruskan aje..
Betul kata Titan tu Farah. Baca benda yg sama pun dah boleh jadi pakar… Try dulu baru tau