Review Majalah IM 6
Seronok bila membaca Majalah IM edisi kali ini. Coverman untuk Majalah IM bulan ini ialah saudara Iszudin Ismail a.k.a. Kidino yang telah membina karrier sendiri di market luar negara.
Beliau terkenal dengan produk digital seperti www.diyminisite.com, panduan untuk membina minisite yang hebat dan www.optindesign.com, panduan membina squeeze page. Anda boleh melayari www.moneyclicking.com untuk mengenali beliau dengan lebih dekat.
Beliau bermula dengan mempromosikan produk bagi affiliate program di CJ.com seawall tahun 2002. Sedikit demi sedikit beliau bangkit setelah berjaya mendapat bayaran komisyen pertama sebanyak 13 dollar.
Walaupun jumlah tersebut tidaklah terlalu besar, namun ia berjaya menaikkan semangat beliau untuk terus bangkit dan maju di dalam bidang ini. Sebenarnya, saya juga merupakan salah seorang subscriber beliau di www.diyminisite.com.
Pertama kali mengenali beliau ialah sewaktu saya tercari-cari maklumat mengenai mini site dan squeeze page. Apa yang pasti, nyata design yang beliau hasilkan dapat menarik minat saya untuk membeli salah satu daripada produk beliau, memang bagus!
Saya juga belajar satu benda baru melalui wawancara ekslusif ini, setiap produk ada jangka hayatnya yang tersendiri. Owh…begitu rupanya. Saya ingatkan semua produk evergreen, macam ebook ‘Mas Kahwin yang Hilang’ (boleh baca review ebook ini dalam Majalah IM ni). Rupa-rupanya saya silap…baru saya tahu.
Pesanan beliau ialah buat sahaja dengan apa yang kita ada sekarang. Sama macam Nike tak? Just do it! Lagi satu, kita kena kreatif dalam bidang internet marketing ini. Means kita mesti think out of box, jangan terlalu terikut dengan konsep dan idea yang sama dengan orang lain.
Lain-lain artikel yang menarik:
1. Pemasaran internet melalui hadiah percuma - Zamri Nanyan
Saya dapat sedikit idea mengenainya, memang menguntungkan walaupun kadang-kala kita lihat ia sesuatu yang merugikan usahawan internet tersebut.
2. 7 Prinsip Keusahawanan - SmartZul
Saya yakin jika kita mempunyai prinsip seperti ini, kita pasti akan berjaya menjadi salah seorang internet marketer yang benar-benar berjaya! Prinsip ini bakal menjadikan kita seorang yang berkualiti dalam menjadi seorang internet marketer yang profesional.
3. Minisite - MdPai
Jika anda ingin membina minisite sendiri, saya rasa anda patut ikut tutorial MdPai ini. Lebih mudah jika anda mempunyai kemahiran dalam menggunakan Adobe Photoshop. Anda akan belajar cara membina minisite anda sendiri satu-persatu.
…dan lain-lain.
p/s: Klik di sini untuk ke laman download
10 Responses to “Review Majalah IM 6”
Got something to say?

aku baru dload hu3. belum baca lagi. kelihatan artikel sorotan kali ini hebat!
Betul tu, mmg HEBAT dan BEST! Cepat baca sekarang, Megat
produk daripada Team Flarebiz memang sentiasa best. Banyak info..
wow…saya pun baru habis baca ,memang banyak info yang terkini
[...] I’m forget to review Majalah IM. Sorry Labanon. But you can wait right? Haha submit_url = [...]
Betul, saya memang setuju dgn pendapat anda semua. IM kali ni mmg best!!
Terima kasih di atas sokongan ini
Sama-sama. Terima kasih kembali buat Labanon sebab bertungkus lumus menghasilkan Majalah IM
aku jugak tak review lagi. Semua dah review. Kang sama je isi..
Isi memang lebih kurang Titan, tapi pengolahan ayat tentulah berbeza kan? Itulah yg membezakannya