Jika Kamu Punya Hati…

Dikala saat kamu membaca catatan ini, aku dan keluarga mungkin sedang berkemas-kemas untuk keluar dari syurga idaman yang telah aku bina sejak sekian lama. Sedih meratapi nasib aku yang semakin hari semakin kelam. Dah banyak ikhtiar cuba aku lakukan. Namun kesemuanya gagal.

blogger-we-care

Tika mana kamu sedang enak dibuai mimpi, tika mana kamu asyik melayan karenah anak isteri, tika mana kamu kekenyangan sarapan pagi, aku dan keluarga sedang meratapi keperitan yang sedang dilalui. Bukanlah niatku mengganggu masa cuti dan rehat kamu dengan catatan emosi. Untuk aku, tiada lagi tempat untuk mengadu selain dari yang Maha Esa. Aku betul-betul buntu.

Selang beberapa jam dari sekarang, aku terpaksa berpindah keluar dari kediaman aku sekarang. Masalahnya, ke mana akan aku bawa anak isteri aku. Dalam keadaan aku yang kesempitan wang, taraf kesihatan yang teruk terjejas ekoran dari dengki khianat sesama manusia… aku kehilangan pekerjaan ekoran dari kesihatan aku yang tidak menentu ini. Owh… Sekali lagi aku menitiskan air mata.

Ku renung kembali wajah-wajah anak isteriku. Mereka sahajalah pengubat segala kepedihan dan keperitan yang kami lalui. Lebih pilu dan hiba bila mengenangkan sekarang ni… untuk menjamah makanan pun aku tak mampu untuk sediakan kepada mereka. Duit yang ada… aku simpan dan berjimat sebaik mungkin untuk perbelanjaan sekolah anak-anakku. Aku tak mahu mereka berasa malu ketika di sekolah bila mana waktu kanak-kanak lain sedang berehat dengan makanan yang lazat, tetapi anakku murung dengan perut yang berkeroncong.

Aku benar-benar menjerit menangis bila mengenangkan semua ini. Hanya tuhan sahaja yang tahu. Aku benar-benar tersepit. Aku malu untuk meminta-minta. Jauh sekali merayu… Tapi jauh di lubuk hati aku memang perlukan sumbangan ikhlas kamu.

Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas jasa baik kamu semua. Sekali lagi aku dan keluarga memohon maaf sekiranya catatan pada kali ini mengganggu masa rehat kamu. Aku cuma mengharapkan sedikit simpati supaya anak dan isteriku mampu ku beri tempat menginap dan sesuap nasi.

Aku ucapkan jutaan terima kasih terdahulu kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan. Dengan harapan mendapat tempat berteduh dan makan minum anak isteriku, sekiranya kamu ikhlas, kamu boleh menyumbangkan kepada:
Faisal Amirul Othman.
CIMB: 0123 0015 4575 21 atau Maybank: 1010 7541 8124

Terima kasih semua. Aku sekeluarga amat terharu.

*Adapted from AzmanIshak.com based on kisah benar yang dialami oleh saudara Megat.net. Harap anda dapat membantu dengan meletakkan banner seperti di atas di blog anda dan lakukan backlinks ke blog hydir.com. Terima kasih.

Category: News | Tags: , , 2 comments »

2 Responses to “Jika Kamu Punya Hati…”

  1. hydir

    Salam,

    terima kasih sbb support kempen Blogger we Care
    sumbangan yg kecil jika dibuat secara bersama memberi hasil yg tidak ternilai :)

    |Promo: dapatkan Blogger We Care T-shirt sekarang!|

    [Reply]

    kakeru Reply:

    Sekadar membantu yang mana mampu shj en.hydir. Harap dapat memeriahkan lagi sumbangan utk en.megat nanti. Amin ;)

    [Reply]


Leave a Reply



Back to top