Malam tadi baru sahaja mendengar CD berformat mp3 dari seorang pelabur hartanah yang sangat-sangat hebat pada pandangan mata ini iaitu Dr. Shah Razali. Macam-macam nasihat yang diterima dek otak ini yang amat-amat merangsang minda untuk tidak berhenti di sini.

Yang paling mengetuk jiwa bila mendengar nasihatnya tentang impian. Semua orang punya impian, tapi berapa ramai yang punya strategi untuk memilikinya? (ini setelah diolah bahasa dengan perkataan sendiri, tahu?). Takku nafikan yang sememangnya aku sangat terasa..oh!

Oleh itu, aku terpaksa berjumpa dengan beliau Rabu esok. Tidak boleh tidak. Orang kata, kalau tak sanggup menukar cara hidup, lupakanlah impian kamu tu! Aku tak rasa aku mahu menukar impian aku, tapi aku berfikir tentang peri pentingnya untuk aku berusaha lebih keras demi hari esok. Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini..Amin.

Apa kata kamu?

*picture credit to DSR facebook


Comments

Name (required)

Email (required)

Website

Speak your mind

  • Blogging Calendar

    May 2012
    S M T W T F S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • Sponsored by