Hadiah Review Majalah IM dan Virus Jahat!

Tanggal 23hb lalu (Sabtu), saya telah menerima satu hadiah yang begitu bermakna. Hadiah tersebut datangnya daripada pihat Penerbit Majalah IM sendiri, Team Flarebiz & krew penerbitan Majalah IM sendiri. Oleh itu, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat mereka yang terlibat terutamanya saudara Labanon dan Cik Fatin.

Mengenai hadiah tersebut, saya telah menerima sebuah buku yang bertajuk Bisnes SMS Cara Pantas yang dikarang oleh Irwan Dahnil. Dulu selalu tersilap menyebut nama beliau, terpanggil Irwan Dunhill…ahah… Buku ini membincangkan topik bagaimana hendak menjana kewangan melalui SMS.

Setakat ini saya memang tidak pernah memiliki mahu pun membaca buku-buku tulisan Irwan Dahnil ini. Sekarang, sedikit sebanyak saya sudah pun tahu bagaimana menjana kewangan melalui medium tersebut. Siapa sangka SMS pun boleh buat duit. Kalau anda praktikkan, mesti anda boleh jadi macam Maestro nanti…wow!

Apa pun, hadiah ini memang cukup bermakna bagi saya. Apa rasanya kalau hasil kerja anda dihargai? Seronok…terharu…gembira? Ya, mungkin itu sebahagian daripadanya. Siapa sangka ada juga orang yang akan menghargai kerja anda kan? That’s what I’m feel…owh… Thanks again for Majalah IM.

Seperkara lagi, saya baru sahaja reformat laptop saya. Puncanya disebabkan oleh mendowload virus yang disebarkan di YM, uhh… Silap saya, sangat rajin mendownload, sampaikan virus pun saya download sekali, apa kes…? So, jadikanlah ia iktibar untuk anda juga ya rakan-rakan sekalian.

Rugi saya terlepas pandang artikel Rohaizad mengenai virus jahat ini…huhu… Apa anda rasa kalau ada someone else yang bertindak sebagai admin laptop anda? Tetiba laptop anda tertutup sendiri dalam masa tidak sampai 15 minit membukanya? Anda tahu apa hasil yang telah saya terima disebabkan virus jahat ini?

Hasilnya begini:

  1. Laptop saya terpaksa di’reformat’ kembali tanpa ada backup untuk fail-fail yang baru saya simpan. Alhamdulillah saya dah backup fail penting awal-awal.
  2. Hard Disc saya hampir corrupt sepenuhnya, berkemungkinan tidak dapat nak bertahan sehingga setahun lagi kesan daripada kehadiran virus-virus ganas itu. Adakah ini bermakna saya terpaksa membeli yang baru? Huhu…saya perlu sentiasa bersemangat untuk mengumpul dana lebih nampaknya!
  3. Saya dapat anti virus Kapersky yang berlesen dan sah sehingga setahun lamanya. Bagus juga perkhidmatan sebegini, mudah-mudahan laptop saya tak sakit lagi.

Nasihat daripada tukang servis laptop saya:

  1. Jangan guna anti virus yang boleh didapati secara percuma seperti AVG dsb. Ia mengundang bahaya sebab dikatakan dapat menarik virus-virus lain pula!
  2. Buat backup selalu…hmm…hmm…

Pendapat saya berkenaan hard disc yang hampir corrupt ini, mungkin ini kesan daripada virus-virus yang lalu. Tambahan pula dengan penggunaan anti virus free menyebabkan lebih banyak baki virus terkumpul langsung berkomuniti di dalam laptop saya. Whatta hack…!

Mmm, ia sangat teruk kan? Bagaimana dengan anda, pernah tak rasa apa yang saya rasa sekarang ni? Kalau la virus tu betul-betul hidup macam serangga yang sedang merayap-rayap…mahu saya cincang dan kerat-kerat sampai beribu-ribu lemon… Tu baru virus, belum lagi tukang buat virus…Grrrrr….!!

p/s: Jangan tanya mengapa tulisan ini berskala kecil, memang agak janggal rupanya. Sila ajukan kepada blog ini sendiri..uhh… Saya dah terlalu penat mengedit, namun tetap gagal…uhh…

2 Responses to “Hadiah Review Majalah IM dan Virus Jahat!”

  1. eyeman on May 30th, 2009 12:38 pm

    pakailah nod32 antivirus. Ringan tapi tajam.

    [Reply]

  2. kakeru on May 30th, 2009 10:55 pm

    Owh, macam tu sekali ke eyeman? Saya gunakan Kapersky skang ni, org kata takleh guna banyak2 anti-virus kan? Nak bg laptop tak pening kepala kot…hoho… ;)

    [Reply]

Got something to say?