EvolusiMinda.com, terima kasih!

Apa yang anda tahu mengenai minda? Dapatkah anda mengawal minda anda? Bagaimana untuk berkeadaan lebih tenang dan terus maju dalam mencapai impian anda? How to live without struggling?

Kadang-kala, kita juga tidak mengenali minda kita sendiri apatah lagi untuk mengawalnya. Seringkali kita tidak mampu untuk melawan perasaan negatif yang sentiasa wujud dalam diri. Anehnya, ia tidak akan terjadi kepada seseorang yang berminda positif. Kenapa agaknya?

Saya pun tak terkecuali, selalu sahaja berperasaan negatif. Then, menyebabkan pelbagai perkara negatif yang lain…tension, marah, tertekan dll. Hasilnya, hampir tiada satu perkara positif pun yang saya perolehi atau boleh dikatakan tiada langsung!

Alhamdulillah, setakat ini saya dapat mengawalnya dengan cara yang lebih baik. Teknik meditasi, pengawalan nafas dan teknik fokus yang saya pelajari di sini sangat membantu. Baru saya tahu mengenai Law of Attraction dan Law of Universe yang berkait rapat dalam kehidupan seharian.

Banyak contoh yang ditunjukkan dan dibincangkan oleh Pn. Arina di dalam seminar ini. Ketawa saya mendengarnya, tapi bila sedar saya tahu siapa sebenarnya yang saya gelakkan. Rupa-rupanya saya menggelakkan diri sendiri, oh!

Oleh itu, saya cukup berterima kasih buat Pn. Arina, EvolusiMinda.com dan Team FlareBiz. Sekurang-kurangnya saya dapat menggunakan ilmu baru ini untuk dipraktikkan dalam memperbaiki diri ke arah yang lebih baik.

Ucapan terima kasih buat Team FlareBiz, IM Yusri, Bro Syed Ikhwan & wife dan Kak Ruslina Lazim yang bersama-sama menghadiri seminar ini. Seronok mengenali kalian! Sekurang-kurangnya saya dapat rasakan salah satu perasaan pakcik Robert Kiyosaki semasa mengejar impiannya. Oh, mudahnya mencapai impian…!

Sekali lagi, terima kasih buat kalian!

4 Responses to “EvolusiMinda.com, terima kasih!”

  1. orizz on August 14th, 2008 8:13 am

    kakeru, kongsilah apa yang dipelajari di sana..mesti best kan ala-ala The Secret.

    [Reply]

  2. titan on August 14th, 2008 3:05 pm

    sekarang, sudah tidak ada alasan lagi untuk tidak berusaha bukan? hoho..

    aku tak jadi pegi even labanon bersungguh-sungguh ajak aku gi..

    [Reply]

  3. kakeru on August 16th, 2008 12:40 am

    Ada masa nanti saya cerita sikit mengenainya ya Orizz. Insya-Allah…

    Saya akan usahakan sehingga berjaya, Titan. Insya-Allah. Doakan kejayaan saya ya :)

    [Reply]

  4. Evolusikan Mindamu, Anda Mampu HEBAT! : Mind Talk on June 5th, 2009 5:41 am

    [...] satu panggilan telefon daripada seseorang yang saya kenali. Saya pernah bertemu dengannya di dalam seminar Evolusi Minda yang telah dianjurkan olehnya sendiri tahun lepas. Beliau yang saya maksudkan ialah Puan Arina [...]

Got something to say?