Cabaran Julai 2010 dari KedaiKreatif.com

kakeru

Alhamdulillah, baru-baru ini saya telah memenangi beberapa hadiah yang disediakan oleh pihak KedaiKreatif.com setelah berjaya mencabar diri menghantar satu karya wallpaper calendar untuk bulan Jun 2010. Beberapa hadiah masih dalam proses muaturun lagi dek kerana saiz fail yang sangat besar..huhu~ Apapun, terima kasih buat saudara WanWMA atas hadiah yang amat bernilai tersebut, sungguh mengujakan! :)

cabaran-kedai-kreatif

Beberapa hari yang lalu juga pihak KedaiKreatif.com telah pun melancarkan satu lagi cabaran yang berharga bagi penggiat seni kreatif 1Malaysia. Pertandingan ini terbuka kepada semua dengan menghantar sebuah karya asli anda sendiri dalam bentuk wallpaper bersaiz (1280 x 800 & 1024 x 768 dengan resolution 72) atau kad raya hasil daripada kreativiti anda sendiri.

Cabaran ini berlangsung di laman sosial Facebook. Anda perlu memuatnaik atau upload karya anda pada page kami di Facebook Kedaikreatif.com. Dengan cara ini dapatlah kami dan fans menyemak dan mengundi karya anda. Betul! Mengundi! Undian dilakukan berdasarkan jumlah ‘Like’ yang anda perolehi. Hanya karya yang mendapat 10 ‘Like’ dan ke atas sahaja yang akan berjaya mendapat hadiah! Anda dibenarkan untuk menghasut rakan-rakan anda supaya klik butang ‘Like’ demi menyokong anda. Walau bagaimanapun kami tetap akan mengadili sendiri keputusan sebenar.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman Facebook KedaiKreatif dan juga blog KedaiKreatif.com sendiri. Mari sertainya bersama-sama, mana tahu kita juga berpeluang untuk mendapat hadiah yang disediakan nanti. Tak cuba tak tahu, dah cuba baru tahu…seronoknya!!!

p/s: Sila download calendar wallpaper comey saya di sini. Terima kasih.

Category: News | Tags: , 9 comments »

9 Responses to “Cabaran Julai 2010 dari KedaiKreatif.com”

  1. Komen Ebook

    Tahniah…dah jumpa potensi dan bakat sebenar yang tersimpan sekian lama di kalbu..eh..jiwang pulak ayat ni :-D

    [Reply]

    kakeru Reply:

    Thanks Rizal. Bakat lama sejak zaman kanak2, nasib baik ade lagi.. ;p

    [Reply]

  2. wanwma

    wah! Terima kasih Kakeru! Nampaknya kakeru mmg meminati bidang kreatif seumpama ini ya! Saya akan berusaha memperrbanyakkan lagi aktiviti-aktiviti seumpama ini di masa akan datang! Sama2 berusaha! Chayok! Chayok!

    [Reply]

    kakeru Reply:

    Salam Wan,

    Yup, memang minat! Tapi cuma tak tentu masa je saya ni. Insya-Allah, saya akan join juga nanti. Thanks kembali Wan! :D

    [Reply]

  3. donnyien

    Salam mesra,
    Wah best dapat hadiah ni..aku pun nak ikut sekali..

    [Reply]

    kakeru Reply:

    Salam kembali Donnyien,
    Boleh je, WanWMA ada buka contest lagi utk bulan ini.
    Cepat2 la send hasil karya awak ke kedaikreatif.com tau.
    Semoga berjaya! :)

    [Reply]

  4. Mr.Z

    tahniah2 dapat hadiah ye… mesti tuan blog ni kreatif orangnya kan? hehe

    [Reply]

  5. titan

    tahniah. Sekarang ni dah jarang join mana2 contest. Masa memang tak berapa nak izinkan. hehe..

    [Reply]

  6. travelman

    huh..banyaknya cabaran!!

    [Reply]


Leave a Reply



Back to top