Jom Jana Wang dengan…

Saya baru sahaja menelaah sedikit ilmu daripada Majalah Personal Money. Relaks sikit membaca majalah seperti ini, sekurang-kurangnya mata saya tak sakit sangat menahan kecerahan skrin seperti sewaktu membaca ebook..hoho…

Yup, baru first time saya membeli dan membaca majalah ini. Sebelum ini langsung tak pernah membaca, membelek-belek kat kedai je adalah… Overall, majalah ni memang bagus. Ada beberapa tips yang boleh kita gunakan untuk mengurus kewangan kita.

Topik menarik yang dibincangkan untuk edisi kali ini juga amat menarik, 15 ways to make more money. Topik ini mengupas sebanyak 15 cara yang boleh kita buat dalam menjana wang secara sampingan. Antaranya juga termasuklah dengan cara berblog tau!

Lain-lain cara pula ialah dengan mempergunakan kemahiran, pengetahuan, pengalaman, bakat, kelebihan dan minat yang ada pada kita untuk dijadikan sebagai satu kerja sampingan. Ya, jika anda berkemahiran menulis, menterjemah, mengajar…apa kata anda cuba mempergunakannya untuk menambah duit poket anda?

Yup, mungkin ia tidak menjanjikan anda semua ke peringkat jutawan. Namun, apa yang pasti duit poket anda tentulah terisi tanpa menunggu hingga ke hujung bulan. Sedikit demi sedikit pengetahuan anda akan berkembang, mana tahu ia melayakkan anda memajukannya hingga ke peringkat yang lebih serius. Berbaloi bukan?

Cuba lihat contoh ini, adakah anda pernah terfikir mengenainya?

  1. Suara anda lemak merdu – anda boleh jadi part-time DJ
  2. Anda suka ambil gambar dan anda memang berbakat untuk menghasilkan gambar yang mempunyai perspektif yang menarik – anda boleh jadi part-time photographer untuk kenduri kahwin ke…
  3. Anda sukakan kanak-kanak dan pandai menghiburkan mereka – anda boleh jadi clown, hoho… Rasanya semua orang seronok melihat telatah clown kan, comel…
  4. Anda suka belajar mahupun mengajar – anda boleh jadi part-time tutor
  5. Anda suka menulis – anda boleh jadi penulis artikel sampingan di mana-mana syarikat penerbitan

Lagi…lagi..dan banyak lagi…anda pun boleh fikir sendiri kan? Ahah…so apa kata anda mulakannya sekarang? Mana tahu itulah perniagaan utama anda di masa akan datang, kool bukan? Saya telah melaluinya dan berharap anda juga akan turut merasainya nanti…

Heh, biar saya ingatkan sekali lagi. Sungguh…ia sangat kool!

p/s: Jangan sia-siakan kemahiran, bakat atau apa sahaja anugerah yang telah diberikan-Nya buat anda ke arah yang betul. Then, hebahkan di internet sebagai medium perantara. Trust me, ia pasti hebat!

Category: Generate Income | Tags: , , , 5 comments »

5 Responses to “Jom Jana Wang dengan…”

  1. aiereast

    huhu, kalau minat melukis, boleh jadi kartunis sambilan. kesimpulannya, kita boleh menjana duit menerusi yang perkara2 kita minati; hobi :-)

    [Reply]

  2. catzer

    Kalau sape pandai english boleh cari aku…ada byk tasks nak bg..hehehe..buat duit gak tu :)

    [Reply]

  3. kakeru

    Hi aiereast, idea tu sedang difikirkan. Agak2 ade tak customer nanti..? hoho…

    Hi Catzer, best gak eh. Klu broken English buleh ka..wahaha.. ;)

    [Reply]

  4. taukey

    kakeru…:P

    [Reply]

  5. kakeru

    Hi Taukey, lama dah tak menjengah kat sini kan? Apa citer skang? hoho..rindu ar ;)

    [Reply]


Leave a Reply



Back to top