Laptop dan hadiah untuk anda

Salam buat semua, terima kasih jika anda sudi membaca entry kali ini. Sudah beberapa kali saya tak sempat untuk menulisnya. Oh, maafkan saya!
Alhamdulillah saya ucapkan kerana laptop saya telah kembali pulih seperti biasa. Terima kasih buat Team SmartBrain, Din dan Kento kerana telah menolong saya. Jasa kalian amatlah dihargai.
Masih ingat lagi tentang kelas internet yang saya hadiri minggu lepas? Ya, saya telah pun berjumpa dengan xifu saya kembali, Mr. Jeffery Tang dan juga Mr. Dechen Lau. Sedikit sebanyak saya bersemangat untuk lebih maju.
Pesanan xifu saya, saya kena rajin berblog. Beliau juga sering memberi info yang sangat bagus buat saya plus kena baca blog beliau setiap hari…haha… Tak percaya? Try klik blog beliau untuk info-info yang bagus tu (di bahagian side bar yang ada tertulis ‘Mr. Dechen Lau’).
Sempat juga saya membeli sedikit ole-ole. Ada 2 buah buku dan 2 buah video yang berharga sebanyak RM39.90 dan ke atas. Kesemuanya merupakan sesuatu yang paling istimewa dan amat berharga bagi saya.
Apa yang menarik, kesemua ole-ole ini akan menjadi milik anda pula selepas ini. Kenapa? Owh, sebenarnya saya sudah terfikir untuk menganjurkan satu contest untuk anda semua, para pembaca setia blog ini. Bagaimana? Okey tak?
Bila contest tersebut? Saya akan maklumkan selepas ini, tunggu…
p/s: Hadiah ini sesuai bagi anda yang bergelar newbie/ internet marketer..sangat berbaloi!
9 Responses to “Laptop dan hadiah untuk anda”
Got something to say?

hehehe. ada contest erkk. best gak hadiah berunsur ilmiah macam ni.
(salam) buat kakeru…
first, sori tak angkat tel ari tu…(dibelenggu dengan tugasan yang menambun,- kena kejar dateline loh,huhuhuhu)
pertandigan dan hadiah ilmiah? ini satu contest yang menarik..sure blog kakeru akan terus fofuler dan ramai yang akan masuk. tengok tajuk pada cover tu pun, memang best je
ni mesti contest best punya. haha.
cant wait.
Yup Taukey. Harapan saya contest ni akan memberi faedah kepada semua.
It’s ok, komenebook. Saya tau awak mesti sangat sibuk. Saya masih berfikir mengenai contest ini.
Syuxx, harapnya mmg begitu. Terbuka kepada warganegara Malaysia yg berada di Malaysia. Insya-Allah, bakal memberi faedah kepada sesiapa yang menyertainya.
Terima kasih di atas sokongan anda semua
Huhu…hadiah yg menarik..Nak gakkkk..
Boleh je Din. Tapi jangan lupa join nanti
Hadiah!!!!! sangat menarik…kalau menang boleh dapat laptop baru, laptop sedia ada ni boleh bagi isteri…buku pulak boleh menambahkan koleksi….
xsbr nk join..bila agaknya nk diadakan ek??
Usophussein, maafkan saya kalau awak tersalah faham. Hadiah yg saya nak berikan bukanlah laptop, tp berupa DVD dan buku seperti gambar di atas ya… Harap tak tersalah faham…
X-po shop, saya akan adakan selepas ini. Might be on my birthday or after. Wait n join ya