Internet Wealth Creation – for Internet Entrepreneurs

Buku ini ditulis oleh Mr. Dechen Lau, salah seorang internet guru yang ada di Malaysia. Buku ini banyak menerangkan mengenai motivasi dan langkah-langkah menjadi seorang internet marketer yang berjaya. Pengalaman beliau selama 7 tahun di dalam bidang ini sangat membantu.
Di sini beliau memperkatakan mengenai mindset segolongan daripada kita. Sedar atau tidak, kehidupan kita ini selalu disogokkan dengan falsafah kerja = gaji…betul tak? Contohnya kalau kita bekerja sebagai pembuat humburger, kita hanya akan dibayar gaji kalau kita buat humburger. Once kalau tak buat, unpaid la jawabnya.
Kita tak pernah dibayar untuk segala idea yang kita fikirkan. Contohnya, jika kita memberikan idea mengenai bagaimana untuk membuat humburger yang sedap…adakah idea kita akan dibayar? Tentu tidak bukan?
Buku ini ada mengetengahkan konsep tersebut…dan saya bersetuju! Saya pernah juga mendengar mengenai kisah seorang pencuri yang hebat, dah memiliki pelbagai pengalaman mencuri yang bermacam-macam.
Then, dia turut menjadi internet marketer hanya dengan menjual ideanya. Agak-agak anda apa idea tersebut ya? Anda silap jika anda berfikir dia menjual sesuatu alat untuk memudahkan kerja-kerja mencuri!
Apa yang dilakukan hanyalah menjual ebook mengenai beberapa teknik untuk menghalang kes-kes kecurian. Ternyata ebook tersebut berjaya menjadi hot item kerana telah berjaya menyelamatkan banyak kedai daripada mengalami beribu-ribu kerugian akibat kes-kes kecurian.
Lihat, anda sudah pun faham bukan? Pelbagai barang boleh dijual di internet termasuklah idea anda! Idea anda memang bermakna untuk mereka yang memerlukan.
Thus, jika anda tahu bagaimana hendak membuat humburger yang sedap, carilah market anda sendiri dan promosikan sebaiknya. Tentu sahaja ada yang memerlukannya di luar sana.
Berita yang paling baik ialah anda akan dibayar bagi setiap idea yang anda sumbangkan. Menarik kan?
9 Responses to “Internet Wealth Creation – for Internet Entrepreneurs”
Got something to say?

Saya tak dapat gaji lagi.. hehehe
[Reply]
Hurmm..mmg mentaliti org kita skang mcm tu. kerja = makan gaji. Tapi lagi bagus kalau kita buat dua2..makan gaji dan bisness..
sebabnya, rezeki utk bisness adalah 9/10 mengikut sunnah, mkn gaji pula 1/10. Kalau kita buat dua2, kita dah dapat 10/10..wahaha.
Contoh yg terbaik adalah Kakeru. Engineer, guru, internet bisness..wah3..
Bahagi masa leklok..
[Reply]
Nasrun..sama la kita…huhu…
Thanx a lot Din. Saya bukanlah cth yg terbaik, ramai lagi cth lain kat luar tu…Apa nak buat, impian masih belum tercapai…huhu…
[Reply]
Pandai kakeru bahagikan masa kan? Hehe
[Reply]
kerja = gaji. hehehehe. Aku pun anggap semua begitu. ekekeke. metaliti aku masih lemah kot. uwa uwa tolong…hehehe
ok serius. hmmm kerja = gaji. bisnes tak boleh samakan dengan gaji. hehehe. gaji ada gak. tapi kena tgk kos overhed. hehehe
entah apa aku melalut
[Reply]
dulu. tunggu gaji baru leh beli barang yang kita nak.
Sekarang, nak beli ambek je..Alhamdulillah..
[Reply]
Saya taklah terlalu pandai membahagi masa, Nasrun… Ada masanya tak larat utk melakukan semua benda dalam satu masa…
Taukey, sama la kita…Takpe, kita ubah sikit ye…
Titan, baguslah kalau macam tu kan? Alhamdulillah n good luck utk awak!
[Reply]
good luck gak untuk awak..
PS: sumpah, jarang aku berawak-awak nih..
[Reply]
Haha…tak kisah la Titan, tapi panggilan yg baik kan lebih elok…hehe…
[Reply]