Internet Millionaires Bootcamp and Gobala Krishnan

Alhamdulillah saya sempat menyertai bootcamp yang berlangsung di Hotel Armada. Petaling Jaya. Tak sangka, saya dapat belajar sesuatu daripada salah seorang internet Malaysia yang terkenal ketika ini ~ Gobala Krishnan.

Banyak topik yang dibincangkan sepanjang sehari kami di sini. Anda tahu, saya tetap rasa saya masih kurang ilmu setiap kali ke seminar-seminar sebegini. Sebab ada saja ilmu-ilmu baru yang saya terima dalam setiap seminar yang saya hadiri.

Sebenarnya, ada satu benda yang saya mahukan daripada seminar ini. Tapi, apa yang saya dapat? Bukan satu, malah terlalu banyak untuk saya tuliskan satu persatu. Kami juga mendapat satu copy buku beliau yang terbaru ‘The New Millionaires’.

Apa yang menarik, Gobala ada cara tersendiri untuk menarik minat kami supaya kami terus mendengar dan fokus kepada apa yang dibincangkan. Nak tahu apa? Ok, antaranya ialah:

  1. Nota yang diberikan tidak lengkap! Memang pelik bunyinya sebab setiap salinan nota yang diberikan kepada kami mempunyai ruang kosong (macam ruang ________ fill in the banks). Thus, kalau kami tertidur…kami tentu tidak akan memahami apa yang disampaikan sepanjang sesi…hehe… Aneh kan? Namun ia tetap satu idea yang bagus!
  2. Setiap satu sesi kami, ada saja cabaran untuk kami lakukan. Kira macam kuiz la. Kalau kami jawab soalan dengan betul, nama kami akan dimasukkan ke dalam peti undi dan merupakan salah seorang yang layak memenangi hadiah untuk cabutan bertuah. Sebab tu la saya bersungguh-sungguh menjawab soalan yang diberikan dengan baik. Tapi, apakan daya…I’m not the lucky one…huhu…
  3. Kami juga dapat melihat the hidden item yang selalunya tidak ditunjukkan oleh guru-guru internet. Ya, the hidden item itu tentulah amaun earning income Gobala yang terlalu rahsia! Saya nak tanya kepada anda semua, apa perasaan anda bila melihat nilai 5 figures yang seorang millionaire tunjukkan kepada anda? Tentu teruja kan? Haa….itulah saya. Saya rasa sangat-sangat kagum dan betul-betul seronok! Andaikan saya dapat begitu satu hari nanti…WOW! Namun, segala maklumat adalah rahsia…tiada gambar yang boleh saya tunjukkan pun di sini. Apa yang dapat saya ceritakan ialah perasaan saya ketika itu dan ketika ini juga. Tetap rasa teruja sambil menulis dengan penuh perasaan…oh!

Sesi kami berakhir dengan sesi fotografi…kat mana saya agaknya ya? Saya juga sempat mengambil tandatangan dan bergambar bersama beliau dan isterinya, Shiela.

Akhir sekali, saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Gobala atas kesudian beliau berkongsi ilmu dengan semua peserta termasuklah saya. Beliau benar-benar membuatkan minda saya dikelilingi dengan aura positif, level Alpha – seronok dan begitu teruja!

Satu lagi, ucapan terima kasih tidak terhingga ini khas buat Labanon sebab saya pasti takkan mengenali Gobala sehingga kini tanpa pertolongan beliau. Labanon, terima kasih ya!

p/s: Kawari (pembantu Gobala dari bidang teknikal) memuji tulisan saya dalam kertas kuiz yang saya hantar pada event tersebut. Dia kata jawapan saya semuanya betul..cuma I’m not the lucky person yang dapat cek bernilai RM488 tu la..huhu…

p.p/s: Saya masih tak berjaya menguasai minda positif lagi nampaknya. Nak kena bincang dengan Pn. Arina (Evolusi Minda) la lepas ni…huhu…

Category: News | Tags: , 15 comments »

15 Responses to “Internet Millionaires Bootcamp and Gobala Krishnan”

  1. SaifulIzzuan

    hehe kakeru..berapa agaknya pendapatan beliau eh? rasanya 20000+ ada yak..kongsilah

    [Reply]

  2. kakeru

    Hurm…sangat banyak.. Satu akaun dalam sebulan atau kurang sebulan dah ade USD 30K lebih.. Tu baru satu akaun. Dia dah banyak akaun dah, memang la dasat…

    [Reply]

  3. megat

    uhuhu banyak nya pendapatan dia!? bila nak dpt macam tu.

    [Reply]

  4. kmz

    Power gile mamat tuh..heuheueuh

    [Reply]

  5. kakeru

    Bila kita nak dapat macam tu, Megat? Bila kita berusaha mcm dia la nanti..hoho (pesanan buat diri sendiri ni..huhu…)

    kmz, mmg power mamat ni tau! Kalah power rangers lor… :)

    [Reply]

  6. Apiz

    Kakeru, mesti best kan,saya memang nak pergi tapi dok jauh kat Perlis ni.Pasal buku Gobala tulis tu,kalau dah baca wat le review ckit ye kang

    [Reply]

  7. kakeru

    Insya-Allah Apiz. Ada masa yg sesuai nanti, mesti saya wat review sikit, no hal :)

    [Reply]

  8. titan

    ai..berapa banyak akaun mamat tu ada..

    [Reply]

  9. kakeru

    Hurmmm…sangat banyak la Titan. Bila tengok dia buka akaun pun dah terkesima, yg sini 20K..lagi satu lak 30K…dalam USD lak tu… Memang mengkagumkan :)

    [Reply]

  10. Nekonron

    Glad you enjoyed the bootcamp :D

    Btw, it’s Rakawi, not Kawari >.>

    [Reply]

  11. pakar clickbank

    wow..nampaknya sudah ke “sekolah” untuk mencabar perniagaan online ,satu berita yang baik ,tahniah ye

    [Reply]

  12. kakeru

    Nekonron, ooops….So sorry for that mistake :)

    Pakar clickbank, saya sedang berusaha nih..huhu..

    [Reply]

  13. zulyunus

    salam kakeru…tahniah atas langkahan menceburi bidang online business secara serius.

    btw, saya baru lancarkan satu program payperlead dengan laporan percuma bertajuk “kedai internet”.

    kalau sudi bolehlah jadik affiliate dan tolong promotekan laporan ni ek :-)

    boleh tengok di:
    http://kedaiinternet.zulyunus.com

    [Reply]

  14. titan

    usd ka? huu. dasat..kita main rm ajela dulu..

    [Reply]

  15. kakeru

    ZulYunus, saya dah jenguk dah report awak tu. Insya-Allah, saya akan wat review nanti. Thanx a lot :)

    Otai macam Gobala ni semua guna USD je Titan. Tak main la RM-RM macam kita nih..huhu…

    [Reply]


Leave a Reply



Back to top