Internet Marketer vs Engineer
Jika anda ada dua pilihan seperti di atas, mana satukah pilihan anda? Kalau kita lihat satu persatu, memang kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan. Di bawah ini saya senaraikan beberapa item yang ada:
Engineer:
1. Jenis pekerjaan: Profesional (makan gaji)
2. Masa bekerja: 8 jam atau lebih (biasa kalau kat kilang, masa susah nak keluar on time)
3. Perkara yang wajib: Patuh cakap orang atasan
4. Qualification: Degree, Diploma @ dll dalam bidang kejuruteraan (berdasarkan kepada tahun bekerja dan pengalaman)
5. Gaji: RM 2000 dan ke atas (starting biasanya RM1800)
6. Masalah lain: Senang dipecat (biasanya swasta, kalau kerajaan mungkin tiada masalah)
Internet Marketer:
1. Jenis pekerjaan: Usahawan (Bekerja sendiri)
2. Masa bekerja: Ikut suka
3. Perkara yang wajib: Ikut perancangan dan matlamat tersendiri
4. Qualification: Sesiapa pun boleh (janji ada minat, tahu guna computer…tools yang lain-lain perlu dicari dan dipelajari dan paling penting ialah usaha)
5. Gaji: Ikut usaha dan perancangan anda
6. Masalah lain: Sukar mendapat pelanggan kerana kurang ilmu mengenai proses pemasaran (tapi masih boleh belajar)
Agak-agak anda, mana satu yang best? Bagi saya no.2 tu SANGAT MENARIK! Kalau 2 in 1 pula macam mana ya?
Category: Discussion | Tags: engineer, IM, internet marketer, internet marketing 20 comments »
June 14th, 2008 at 8:38 am
Saya pilih yang ke-4…. huhuhu..
[Reply]
June 14th, 2008 at 8:44 am
2 in one sgt menarik bg yang berkelayakkan..
Bg yang takde yg ke-4 tu (Qualification) pilih yang kedua je la.. huhu
[Reply]
June 14th, 2008 at 4:55 pm
Hmmm…Kalau macam tu, kira pakej la 2 in 1 ni eh…hoo..best2
[Reply]
June 15th, 2008 at 7:20 am
kakeru rasanya tiada masalah kalau buat 2 in 1. saya sarankan kalau kakeru mmg berniat buat bisnes online ni, buat part time dulu. bila dah stabil bisnes kakeru blh berhenti jadi engineer. hehehe
tak pun kakeru buat syarikat dan bawa adik beradik join syarikat dan jalankan perniagaan secara usahasama sambil kakeru masih bekerja secara tetap sebagai engineer.
apa apa pun terpulang pada kehendak dan keinginan kakeru sendiri.
[Reply]
June 15th, 2008 at 8:04 am
Hmmm…idea yg bagus tu Taukey. Terima kasih byk2. Insya-Allah, saya akan buat sampai berjaya.
Teringat sifu saya, En. Jeffery Tang memberi nasihat: “Awak buat dulu sikit2, bila dah earn income sampai 2x ganda dari gaji sekarang, nanti berhentilah”. Dan Insya-Allah, saya akan ingat sampai bila2.
Thanx utk kamu juga Taukey
[Reply]
June 15th, 2008 at 10:27 am
haha
engineer…memang keje ikut masa…letih(keje di kilang) tp ada juga keje asyik merayau…letih gak smpai xbalik2 rumah…huhu dua2 dah rasa tp bagus utk cari pengalaman, tp ada juga engineer keje ikut suka
internet marketer
bagus…keje ikut suka(tp kalu sebulan keje 1 hari je xkemana haha) keje ikut suka nih maksudnye kena rajin keje tp xde sapa nak push2.
so…pilih mana yang sesuai…semuanya baik untuk pembelajaran semasa hidup nih. yang paling baik adalah yang kita suka. Yang penting rajin
[Reply]
June 15th, 2008 at 10:52 am
Hmm…betul tu Waka. Yg penting kena rajin, keje ikut org pun kena rajin, apatah lagi utk diri sendiri. Betul tak?
Hopefully kita dapat apa yg kita cita2kan, itu sudah memadai. Janji dunia akhirat seimbang kan? Mudah2an kita semua begitu…
[Reply]
June 15th, 2008 at 4:54 pm
ya sudah tentu kakeru…jangan xkakeruan sudah:)
[Reply]
June 15th, 2008 at 6:38 pm
Yup, saya setuju dgn awak, Waka. Saya dah tidak tak keruan lagi. Terima kasih atas nasihat awak
[Reply]
June 17th, 2008 at 3:40 am
kakeru…apa kata 2 in 1 job???Kan minyak naik sekarang nie…Lagi bagus kalau sis buat la ebook sal bidang sis tu..eheh..mana tau leh laku..then wat la JV ke ngan otai2 ke newbie ke…hehe…
Tapi engineer or IM???Dua2 saya nak..hehe..tapi utk masa depan ofcouse engineer..(Bekerja dengan orang lain dulu)..Nak cari pengalaman sendiri pastu lu fikirlah sendiri..Nabil kata bukan saya..ehhe
[Reply]
June 17th, 2008 at 9:31 pm
Dauz, sokong 2 in 1 gak ke? Hmmm…best2
Betul gak kata Dauz tu, 1stly selalunya rg try cari pengalaman dgn bkerja dgn org dulu (engineer), then pandai2 sendiri nak buat apa lepas tu kan? Yup…hidup ni mestilah kena ada GOAL, baru adventure sikit
[Reply]
June 19th, 2008 at 9:13 am
kekek..aku plak student engineering yg tak berkesempatan nak jadi engineer. So after setahun lebih tak dpt keje, aku decided to make money online full time. Mmglah boleh cari keje apa-apapun but kalau ada alternatif spt IM ni better aku focus ke situ jerk. Engineer in my soul even tak pernah jadi engineer. Im in my blood, so just goes on with this path.
[Reply]
June 19th, 2008 at 3:13 pm
Catzer,
Bagus gak jadi IM ape…saya pun ada impian macam tu. Saya akan sertai awak selepas ini, tak salah kan?
[Reply]
June 21st, 2008 at 1:41 am
percayalah…. 2 ini 1 adalah pilihan yang lebih baik.
[Reply]
June 21st, 2008 at 11:26 am
Rohaizad, saya setuju gak dgn pendapat awak tu. Thanx for the supporting word
[Reply]
June 22nd, 2008 at 2:33 am
Bagi aku lak, kalau boleh mmg nak terus ke option 2 jer. Xmo la keje ngan org..hehe.
Skang ni, bajet nak berjaya ngan ebiz. Klu x dpt gak, nak blk kg n keje ngan business family. Belajar ngan diorg berbisness dan bila dah tau, buat sendiri lak..jd boss. Haha..
p/s – matlamat tu..
[Reply]
June 22nd, 2008 at 2:36 pm
Okey gak tu Din, best gak terus kerja sendiri. Tapi, semuanya ambil masa utk betul2 stabil. Kena ikut plan ni, tak boleh main2 lagi…
Semoga kita sama2 berjaya Din, Amin…
[Reply]
June 23rd, 2008 at 8:38 am
dua2 ok cuma fikirlah mana yang terbaik.
tapi kj sendiri lg best.
http://x-naza.blogspot.com
[Reply]
June 23rd, 2008 at 11:45 am
Betul tu Naza, pilih mana satu impian kita kan? Buat masa ni, saya masih tak melepaskan kedua2nya sekali, tunggu masa je nanti. Dua2 masih terlalu berharga
[Reply]
August 19th, 2010 at 3:03 pm
Pleased to found this blog post, I am searching many times about it. This is now actually what I’ve been looking for and I have bookmarked this blog page too, I will be come back soon to look at with the new post.
[Reply]