Tips dan Format Landing Page?

April 14, 2009 | 13 Comments

Salam buat semua dan selamat sejahtera. Saya baru pulang dari kampung. No good news, cuma saya rasa lebih happy sedikit berbanding sebelumnya. Ya, saya dapat selesaikan sedikit masalah yang bersarang di minda saya.

Nampaknya inilah kebaikan bila berjumpa dengan keluarga di kampung, ada rahmat di sebaliknya. Alhamdulillah… Harap anda semua sihat dan begitu bersemangat untuk mendepani hari-hari mendatang seceria saya…yeay!

Apa yang pelik, broadband che’ maxis yang selama ini melembap bila tiba di kampung, tetiba terus ada line yang sangat hebat..! Woahh…siapa sangka… Then, terus membuatkan saya lebih bersemangat untuk menghasilkan sesuatu untuk artikel kali ini.

Saya nak bercerita sedikit mengenai format Landing Page seperti yang diminta oleh rakan-rakan blogger yang dihormati, Taukey (Selamat Hari Jadi buat blog Taukey!) dan rahmat 4213. Apa yang saya cerita ini berdasarkan apa yang saya pelajari 2 tahun lepas (first time jadi affiliator Amazon).

Tapi benda ini sepatutnya dah get evolve. Maklumlah, dunia kan semakin maju. Thus, tak sure format seperti ini boleh kita apply lagi atau tidak. Anyway, jom lihat figure di atas. Apa yang anda semua nampak?

Read more

Tips untuk Upgrade Landing Page Anda (…Part 2)

March 12, 2009 | 10 Comments

Landing Page

Landing Page lagi? Okey, saya akan sambung sedikit lagi tips berkenaan bagaimana nak memperbaiki laman landing page anda seperti di bawah. Saya juga dalam proses mengubah landing page sendiri…hoho…

1. Cek heading laman landing page anda. Adakah ayat tersebut merupakan ayat call-to-action ataupun hanyalah ayat bahasa tadika yang anda gunakan untuk menarik prospek? Cuba anda baca berulang-kali ayat-ayat tersebut sehingga anda benar-benar berpuas hati. Ayat sebenarnya sepatutnya memberikan penerangan yang tepat, ringkas dan jelas mengenai apa yang anda jual dan mengapa mereka memerlukannya. Jika tidak, berusahalah untuk membetulkannya kembali.

2. Gunakan bullet. Tuliskan 5 poin ringkas yang dapat mengarahkan visitors untuk mengklik button di landing page anda secepat mungkin. Letakkan note tersebut bersebelahan dengan imej yang anda letakkan di bahagian header landing page.

3. Gunakan perenggan yang pendek. Jangan gunakan perenggan yang melebihi 3-4 baris. Pendekkan mesej anda dan hiasi dengan ayat-ayat power yang mampu memikat hati prospek.

Read more

Tips untuk Upgrade Landing Page Anda (…Part 1)

March 11, 2009 | 4 Comments

Landing Page

Landing page? Apa tu? Ringkasnya landing page merupakan page pertama yang pelawat laman web anda akan lihat. Landing page ini berfungsi untuk menukarkan targeted visitors/ prospek laman web anda menjadi salah seorang pelanggan anda.

Kebiasaannya, targeted visitors akan ditarik melalui program pengiklanan PPC seperti Google AdWords dan Yahoo Search Marketing (YSM). Sama ada prospek anda akan bertukar menjadi salah seorang pelanggan anda atau tidak, semuanya bergantung kepada keberkesanan laman landing page anda.

Persoalannya, adakah landing page anda benar-benar berkualiti? Bagaimana pula anda dapat menjadikan landing page anda benar-benar berkesan sehingga berjaya menarik targeted visitors anda menjadi salah seorang pelanggan anda?

Read more