Category: Tag


My 6 best investment

August 12th, 2008 — 3:38am

Salam buat semua. Hari ni saya nak cerita sikit mengenai beberapa investment yang terbaik pernah saya lakukan. Oh ya, ini ialah jawapan bagi pertanyaan daripada Titan, saya orang ke-6 yang perlu membalas tag tersebut.

Umumnya, saya memperuntukkan masa, tenaga dan wang untuk setiap investment saya. Saya percaya dengan kata-kata Thomas Matthew dalam buku beliau yang bertajuk My Formula, “The rich allocate their time, money and energy efficiently in ways that are conducive to building wealth”.

Berikut ialah antara 6 investment yang terbaik dalam hidup saya setakat ini:

Continue reading »

5 comments » | Tag

Saya suka Doraemon

June 16th, 2008 — 5:21pm

Salam buat semua,

Entry kali ini berkisar mengenai jawapan bagi tag yang telah dikenakan ke atas saya oleh Emme a.k.a. Mohd Helmi. Apapun, maaf buat Emme kerana telah sekian lama tag ini dikenakan, cuma saya tidak berkesempatan untuk menjawabnya sahaja.

Saya terpaksa menjawab tag tersebut di blog terbaru ini sebagai menghormati blog ulasan segala buku-buku yang telah saya baca di http://readercircle.com. Tambah pula ia kurang sesuai untuk diletakkan di situ kerana blog tersebut berkaitan dengan ulasan buku yang tidak bersifat peribadi.

Okey, saya akan mula menjawab tag ini. Tag Emme ini ialah berkaitan dengan kartun yang menjadi idola saya suatu ketika dulu. Percaya tak kalau saya katakan kartun tersebut ialah Doraemon? Mengapa agaknya?

Biar saya jelaskan lebih lanjut. Sila baca butiran di bawah untuk lebih memahaminya:

  1. Kartun ini bercorak futuristik, ala-ala cerita science fiction tapi dalam versi kartun. Ini lebih memudahkan pembaca cilik untuk memahaminya.
  2. Doraemon telah menjadi sumber inspirasi kepada rakyat Jepun terutamanya di dalam bidang robotik. Sejak itu, pengetahuan mengenai robotik banyak diserapkan dalam diri kanak-kanak Jepun sehingga Jepun menjadi salah sebuah negara maju yang bangkit dengan teknologi secanggih negara-negara barat. Klik di sini untuk mengetahuinya lebih lanjut
  3. Saya tidak menafikan bahawa kartun ini telah menjadi sumber inspirasi kepada saya sejak dari sekolah rendah lagi. Saya belajar melukis kartun dan mengasah minat saya melalui kartun Doraemon sendiri. Saya akan trace di atas kertas bermula dengan hidung yang bulat, diikuti dengan sepasang mata yang juga bulat…sehinggalah saya berjaya melakar lakaran tersebut sampai siap! Selepas itu, saya akan claim itulah lukisan saya kepada kawan-kawan…Anehnya, mereka menyetujuinya, tentulah seronok…hehe…
  4. Bila ada apa-apa masalah, saya selalu berharap saya mempunyai pintu suka hati. Atau paling tidak pun satu buluh terbang untuk saya melarikan diri…Wah, seronoknya…!!! Tapi saya tahu, saya tidak boleh berharap begitu sahaja untuk setiap masalah dan hanya berkata: “Kalaulah saya ada mesin perentas masa, kan bagus…”. Teringat kata-kata Imam Al-Ghazali, benda yang tidak dapat dikembalikan ialah MASA. Lagipun, bukankah Allah sendiri telah bersumpah dengan MASA dalan Surah Al-‘Asr. “Demi MASA, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian kecuali…(hingga akhir)”. Benar, kita takkan dapat kembali ke masa lalu seperti kisah ‘The Girls From Tomorrow’, yang ada hanya masa sekarang dan akan datang.
  5. Saya bersyukur kerana telah menjadi salah seorang peminat Doraemon suatu ketika dulu. Banyak benda saya telah belajar darinya, dan sekurang-kurangnya saya tahu apakah isi yang ingin disampaikan. Bayangkan jika saya baru mengenalinya sekarang…sudah tentu saya akan menjadi seperti seorang kanak-kanak yang hanya menyimpan impian di sebalik perkataan “kalau”. Bagaiman agaknya? Seboleh-bolehnya saya tidak akan menggunakan perkataan ini, ia hanya laluan syaitan yang akan menyelinap dalam hati untuk membisikkan rasa hati yang tak sepatutnya. Selalunya perkataan ini akan membangkitkan rasa tidak bersyukur dengan apa yang ada – menghilangkan sifat Qana’ah dalam diri. Contohnya begini: “Kalaulah aku tak kena tipu dengan penipu tu, mesti aku dah lama kaya-raya…ada kereta besar, ada rumah besar…”. Lihat…adakah ini tidak mengkhayalkan? Kadang-kala bila selau berkata sedemikian, mesti terdetik di hati kita rasa tidak bersyukur dengan qada’ dan qadar yang Allah tetapkan buat kita, timbul rasa menyesal, sakit hati dan 1001 macam penyakit lain. Betul atau tidak, fikir-fikirkanlah…
  6. Namun begitu, saya tidak suka dengan watak kanak-kanak lelaki yang kelihatan tidak elok untuk dipertontonkan contohnya seperti membuli, mengintai dsb. Oleh itu, ibu bapa perlu menonton sekali siri kartun Doraemon ini bersama anak-anak untuk menjelaskan kepada mereka pelbagai perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh anak-anak mereka nanti.

Itu sahaja jawapan tag buat Emme. Harap berpuas hati membacanya, terima kasih!

Comment » | Tag

Back to top