Category: Sticky Notes


Evolusikan Mindamu, Anda Mampu HEBAT!

June 5th, 2009 — 5:27am

Dua hari lepas, saya telah menerima satu panggilan telefon daripada seseorang yang saya kenali. Saya pernah bertemu dengannya di dalam seminar Evolusi Minda yang telah dianjurkan olehnya sendiri tahun lepas. Beliau yang saya maksudkan ialah Puan Arina Abbas.

Puan Arina hanya bertanya khabar di samping bercerita mengenai seminar yang bakal tiba beberapa hari lagi. Ya, saya tahu serba sedikit mengenainya melalui emel yang dikirim serta iklan di dalam Majalah IM sendiri.

Ternyata seminar kali ini lebih menarik disebabkan terdapat beberapa elemen lain yang berkaitan turut disertakan. Pendapat saya, penambahan slot mengenai kaedah numerology ini amat bagus. Apa tidaknya, anda akan dapat mengenali diri anda sendiri melalui kod yang ada pada tarikh lahir anda.

Continue reading »

2 comments » | Sticky Notes

10 Langkah-langkah untuk GAGAL (100% Guaranteed) – Mahu Cuba?

May 10th, 2009 — 1:52am

Saya cuma ingin berkongsikan satu artikel daripada blog Patric Chan (credited to him). 10 langkah-langkah di bawah mesti dan wajib diambil oleh anda jika mahu GAGAL. Ya, langkah yang menjamin KEGAGALAN anda. Sila baca sampai habis ya, terima kasih!

Continue reading »

6 comments » | Sticky Notes

Impian Terhebat!

February 15th, 2009 — 3:52am

Salam buat semua. Sekarang saya dalam versi yang dilihat agak aneh, abnormal mungkin. Sebab saya perlukan masa untuk beradaptasi dengan suasana baru awal Mac depan. Hopefully begitulah hendaknya.

Sekarang saya masih sama seperti beberapa tahun yang lalu. Namun ia akan berbeza selepas ini. Ya, untuk beberapa hari lagi saya akan berhijrah ke satu alam yang baru. Memang itulah yang saya nantikan selama ini.

Saya telah merancang untuk punyai lebihan masa yang dapat mempercepatkan saya mencapai impian saya, juga memungkinkan saya untuk bercuti seminggu sekali. Yup, begitu mengujakan! Namun saya tetap ada sedikit gugup untuk menghadapinya. Ya, nervous buat kali pertama mungkin…

Even saya dah make it a well plan, saya tetap rasa gugup. Tapi saya telah berusaha untuk menjadikan impian saya suatu kenyataan, selebihnya saya serahkan dengan doa dan tawakkal kepada-Nya. Saya percaya, Dia lebih tahu bukan?

Continue reading »

13 comments » | Sticky Notes

IslamUnite.net dan Salam Ramadhan Buat Semua!

August 31st, 2008 — 6:27am

ramadhan-uy.jpg

Esok mungkin hari pertama bulan Ramadhan bakal bermula. Oleh itu, di kesempatan yang ada ini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan buat semua rakan-rakan muslim. Semoga kita dapat memperbaiki dan mempertingkatkan lagi amal ibadah kita di bulan ini.

Saya juga ingin memohon maaf buat semua atas segala kesalahan/ kesilapan yang pernah saya lakukan sebelum ini. Jika ada sesiapa yang pernah terasa hati, berkecil hati dengan apa yang telah saya lakukan, mudah-mudahan dapat diampunkan hamba yang tidak sempurna ini. Semoga Allah merahmati kalian kembali.

Continue reading »

2 comments » | Sticky Notes

Laptop dan hadiah untuk anda

August 11th, 2008 — 4:00am

Salam buat semua, terima kasih jika anda sudi membaca entry kali ini. Sudah beberapa kali saya tak sempat untuk menulisnya. Oh, maafkan saya!

Alhamdulillah saya ucapkan kerana laptop saya telah kembali pulih seperti biasa. Terima kasih buat Team SmartBrain, Din dan Kento kerana telah menolong saya. Jasa kalian amatlah dihargai.

Masih ingat lagi tentang kelas internet yang saya hadiri minggu lepas? Ya, saya telah pun berjumpa dengan xifu saya kembali, Mr. Jeffery Tang dan juga Mr. Dechen Lau. Sedikit sebanyak saya bersemangat untuk lebih maju.

Continue reading »

9 comments » | Sticky Notes

Back to top