Jika Kamu Punya Hati…

January 14, 2010 | 2 Comments

Dikala saat kamu membaca catatan ini, aku dan keluarga mungkin sedang berkemas-kemas untuk keluar dari syurga idaman yang telah aku bina sejak sekian lama. Sedih meratapi nasib aku yang semakin hari semakin kelam. Dah banyak ikhtiar cuba aku lakukan. Namun kesemuanya gagal.

blogger-we-care

Tika mana kamu sedang enak dibuai mimpi, tika mana kamu asyik melayan karenah anak isteri, tika mana kamu kekenyangan sarapan pagi, aku dan keluarga sedang meratapi keperitan yang sedang dilalui. Bukanlah niatku mengganggu masa cuti dan rehat kamu dengan catatan emosi. Untuk aku, tiada lagi tempat untuk mengadu selain dari yang Maha Esa. Aku betul-betul buntu.

Selang beberapa jam dari sekarang, aku terpaksa berpindah keluar dari kediaman aku sekarang. Masalahnya, ke mana akan aku bawa anak isteri aku. Dalam keadaan aku yang kesempitan wang, taraf kesihatan yang teruk terjejas ekoran dari dengki khianat sesama manusia… aku kehilangan pekerjaan ekoran dari kesihatan aku yang tidak menentu ini. Owh… Sekali lagi aku menitiskan air mata.

Read more

Zaman Sudah Berubah, Internet Makin Maju…

December 29, 2009 | 6 Comments

Selamat menyambut tahun baru buat anda semua. Sedar tak sedar, tahun baru bakal menjelang beberapa hari lagi. Selamat Awal Muharram 1431H juga buat pengunjung-pengunjung yang beragama Islam di blog ini. Doa saya, semoga tahun baru ini memberi sinar untuk kita semua dalam melipat-gandakan lagi usaha kita dalam menjana impian kita sehari-hari.

Hari berganti hari, sejenak esok bertukar menjadi hari ini dan lusa pula menggantikan esok. Begitu juga keadaanya dengan internet, it’s rapidly change setiap hari mahu pun setiap saat. Semalam kita lihat Google begini, esok pula Google akan jadi begitu. Owh, cepatnya masa berlalu!

FTC

Itu adalah antara beberapa perkara yang disampaikan dalam ebook ringkas seorang Internet Marketer Malaysia yang hebat, Ewen Chia. Ebook ringkas 40 muka surat yang bertajuk Internet Marketing Predictions for 2010 ini banyak mengupas topik-topik berkaitan isu-isu panas yang berlaku dalam dunia internet marketing sekitar penghujung tahun 2009.

Read more

[MISTERI] Widget Text Blog Ini Hilang?

November 15, 2009 | 6 Comments

Beberapa hari selepas saya update latest entry blog ini, saya telah terserempak dengan tutorial bagaimana meletakkan gambar ym yang menunjukkan samada saya sedang online ataupun offline. Di blog mana, saya telah lupa.

Malang betul rasanya, dek kerana kerajinan saya meletakkan kod tersebut telah membuatkan widget ‘text’ saya hilang..huhu.. Pada mulanya, setelah meletakkan coding tersebut di bahagian widget ‘text’, paparan blog saya telah berubah. Ada beberapa perkataan yang telah keluar di muka hadapan blog ini.

Perkataan tersebuat ada di kotak luar space blog saya menunjukkan terdapat error di bahagian coding saya yang memaksa saya agar membuang coding gambar ym tersebut. Pada perenggan ke berapa dan ke berapa (…saya telah terlupa perenggan ke berapa…) saya perlu membuang beberapa perkataan yang berkaitan supaya dapat mengembalikan susun atur blog ini seperti asal.

Saya pun mengusahakannya seorang diri. Saya download coding tersebut dan saya betulkannya semula sambil menyimpan juga satu fail asal sebelum dan selepas saya mengubah code tersebut. Ia berhasil nampaknya, paparan blog saya kembali kepada keadaan asal.

Read more

Design Minisite ‘Save Budget’…Berbaloi-baloi..!!

October 17, 2009 | 20 Comments

Salam sejahtera semua, harap anda semua sihat-sihat dan ceria-ceria selalu. Sekarang saya memang agak sibuk menyiapkan beberapa projek. So, memang payah betul nak ambil masa untuk update blog ini..huhu…

Mengenai ebook saya, sekarang baru 50% sahaja yang dapat disiapkan sebelum saya menerima beberapa tempahan design. Uhh..tiada lagi update terbaru nampaknya. Namun, Insya-Allah saya akan hasilkan sesuatu yang terbaik. Tambah lagi ada penulis jemputan yang tak kurang hebatnya dalam dunia IM, nantikanlah kemunculannya ya!

Terdapat beberapa tempahan design yang mesti saya siapkan seawal mungkin. Semalam baru selesai menyiapkan satu tempahan design, peminat warna biru mungkin. So, inilah antara hasil terbaru yang telah siap, boleh klik untuk lihat imej penuh.

Pengumuman terakhir, sila baca baik-baik ya:

Read more

Ini Serius…?

August 29, 2009 | 18 Comments

Salam kembali buat semua dan selamat bertemu kembali. Ada berita baru yang ingin kusampaikan. Kamu tahu apa dia? Begini, sebenarnya aku telah menjadi salah seorang orang penting di blog ini. Aku dah naik pangkat menjadi co-author blog ini oleh tuan punya blog…hoho… Serius tahu?

Kalau tak percaya kamu boleh lihat siapakah penulis entry kali ini. Ada iras-iras nama aku tak di sana? Ahah…jangan tanya mengapa. Aku kira cik kakeru agak sibuk sedikit kebelakangan ini. Dengar-dengar dia ada menerima tempahan design daripada Keith Ng, sifu designnya awal pagi tadi.

Oleh sebab itu, aku dengan rasa penuh tanggungjawab menjalankan tugasanku bermula hari ini. Lagipun aku lihat ada beberapa perkara yang telah menyebabkan cik kakeru diam bersahaja namun penuh emosi ketika ini.

Read more

Next Page »