Category: Generate Income


SaifulNang.net, Happy Mother’s Day & Ulangkaji TNX

May 14th, 2010 — 1:34pm

Baru sahaja bersinggah ke blog.SaifulNang.net, seorang wedding photographer yang terkenal abad ini. Banyak yang saya baca mengenai kisahnya di sini bermula dari kisah masa kecil sehingga kini dalam entry rags to riches. Cerita beliau memang amat memotivasikan reader yang membacanya di samping beberapa kisah yang dapat menjadi pengajaran.

Sempena Hari Ibu yang telah berlalu beberapa hari sudah, saya ingin berkongsikan salah satu hasil karya dari SaifulNang tentang Hari Ibu. Diharapkan agar anda semua mendapat sedikit pengajaran di sebalik kata-kata “berilah salam pada mereka…selagi salam anda masih bisa bersambut”.

Continue reading »

4 comments » | Generate Income

Special Report: Boleh Bantu Saya?

September 25th, 2009 — 4:09pm

Saya sedang dalam proses menyiapkan ebook “Special Report: Bagaimana Menjana Wang dengan Amazon.com” ini. Ia tidaklah serumit yang disangka, cuma proses penghasilannya agak leceh. Doakan saya agar dapat menyiapkannya secepat mungkin ya kawan-kawan.

Beberapa item yang ingin saya bincangkan di dalam ebook tersebut adalah seperti dalam rajah di atas. Draf tersebut merupakan apa yang saya fikir dapat dikongsikan bersama setakat ini. Hanya satu bahagian yang telah dihasilkan sewaktu bercuti tempoh hari.

Buat rakan-rakan blogger dan para pembaca, ada beberapa benda yang ingin saya bangkitkan di sini. Pada pendapat anda:

Continue reading »

22 comments » | Generate Income

Special Report: Bagaimana Menjana Wang dengan Amazon.com?

September 14th, 2009 — 12:40pm

Salam Ramadhan dan salam sejahtera buat anda semua. Ada something yang ingin saya ceritakan buat semua pembaca blog ini. Apa dia eh? Saya pasti anda sudah pun membaca tajuk entry di atas. So, soalan saya:

  1. Adakah anda berminat dengan report tersebut (jika ada)?
  2. Mengapakah anda mahukannya (jika anda berminat)?
  3. Apakah elemen penting yang anda rasakan perlu ada di dalam report tersebut?
  4. Anda mahukan report yang bagaimana: ringkas atau padat? Teknikal atau sekadar bercerita?
  5. Adakah anda mahu tahu apakah kelebihan dan kekurangan hasil daripada kaedah yang digunakan?
  6. Adakah anda mahu tahu apakah kelebihan dan kekurangan menjadi affiliator di Amazon.com?
  7. Anda mahu tahu beberapa tips yang berkaitan dengan produk pilihan?
  8. Adakah berbaloi jika tiada bayaran langsung untuk report sebegini?
  9. Lain-lain (sekiranya ada)

Continue reading »

26 comments » | Generate Income

Jom Jana Wang dengan…

June 18th, 2009 — 3:39am

Saya baru sahaja menelaah sedikit ilmu daripada Majalah Personal Money. Relaks sikit membaca majalah seperti ini, sekurang-kurangnya mata saya tak sakit sangat menahan kecerahan skrin seperti sewaktu membaca ebook..hoho…

Yup, baru first time saya membeli dan membaca majalah ini. Sebelum ini langsung tak pernah membaca, membelek-belek kat kedai je adalah… Overall, majalah ni memang bagus. Ada beberapa tips yang boleh kita gunakan untuk mengurus kewangan kita.

Topik menarik yang dibincangkan untuk edisi kali ini juga amat menarik, 15 ways to make more money. Topik ini mengupas sebanyak 15 cara yang boleh kita buat dalam menjana wang secara sampingan. Antaranya juga termasuklah dengan cara berblog tau!

Continue reading »

5 comments » | Generate Income

Back to top