February 7th, 2010 — 1:32am
Projek Affilliate Domination menghadapi beberapa masalah untuk setup blog. Disebabkan itu, saya terpaksa berjumpa dengan pakar Wordpress dari www.Catzer.com. Kami melepak di satu sudut restoran Pak Li’s Kopitiam di Ole-Ole Mall Seksyen 18, Shah Alam. Nasib baiklah tak tersesat, dapat juga berjumpa dengan Ole-Ole Shah Alam ni..hoho…

Alhamdulillah segalanya selesai bila Catzer berjaya menolong saya menyiapkan blog tersebut. Kami sempat menyembang hingga berjam-jam lamanya di kopitiam tersebut sambil mencicip air kedondong masam manis yang sangat best. Tambah pula dengan Nasi Ayam Lemon, benar-benar mengujakan!
Anyway, thanks to Catzer sebab dapat meluangkan masa berkongsi cerita dan pengalaman dengan saya. Ada beberapa cadangan menarik yang telah kami bincangkan dan akan saya aplikasikan selepas ini, Insya-Allah. Harapan saya mudah-mudahan ia dapat berjalan seperti yang dirancang.
Continue reading »
10 comments » | Affiliate Domination
January 23rd, 2010 — 11:16pm
Semalam saya tidak berkesempatan untuk update aktiviti terbaru. Terlalu banyak masa yang dihabiskan di ruang cyber ini sehingga jam 1 pagi. Saya buat blog untuk direct segala link daripada laman web 2.0 dan untuk dibookmark ke pelbagai medium social bookmark yang ada.

Pelbagai plugin yang berguna telah saya install dan activatekan ke dalam blog tersebut. Satu emel khas yang mempunyai keyword juga turut saya create untuk digunakan di mana-mana link yang berkaitan dengan niche ini.
Malangnya pelbagai masalah yang ditemui. Rupa-rupanya, saya sepatutnya direct link ke main domain saya, bukannya sub-domain. Di situ saya perlu buat satu sticky article supaya setiap visitors yang datang bersinggahan berminat membaca sedikit review tentang niche saya.
Continue reading »
4 comments » | Affiliate Domination
January 21st, 2010 — 1:31pm
Saya mulakan hari untuk melakukan kerja seperti yang dirancang. Tugasan hari ini ialah membuat keyword research untuk niche yang telah saya ada. Nampaknya, niche saya merupakan salah satu niche yang telah dicadangkan di dalam ebook Howie, Voyeur2 – Niche Research. So, saya telah berada right on track.

Kerja seterusnya ialah pergi ke Google Tool External dan meletakkan laman web produk yang saya ingin promosikan. Di situ, saya berjaya mendapatkan beberapa jenis keywords longtail yang telah dicadangkan oleh Pakcik Google secara percuma. Namun, adakah keywords tersebut benar-benar berbaloi untuk saya gunakan?
Continue reading »
Comment » | Affiliate Domination
January 20th, 2010 — 11:44pm
Hari ini bermula dengan sesuatu yang baru. Setelah beberapa hari berbincang mengenainya, saya dan Damien (bukan nama sebenar) bersetuju untuk merancang sesuatu dan bertindak terus. Setelah beberapa hari memikirkan benda yang sama, membaca artikel yang berkaitan dan menerima beberapa nasihat, saya pun menerima pelawaan Damien dengan hati terbuka.

Pagi ini, bersama otak yang masih segar saya menggendong beg biru besar di bahu. Langkah ini penuh semangat menuju ke arah Kedai Kopi Old Town. Baru kali kedua saya menjejakkan kaki dengan penuh gaya di sini walaupun jaraknya dari rumah saya hanyalah sepelaung sahaja.
Di sana Damien telah pun menunggu bersama laptop yang telah sedia terbuka. Air coklat sejuk saya juga telah tersedia seperti mana yang saya pesan tadi. Kami pun memulakan perbincangan seusai saya menekan butang ‘on’ pada laptop saya. Perbincangan 3 jam ini memang bermanfaat ditambah dengan air coklat sejuk yang enak. Ia diserikan lagi dengan penggunaan internet dan bekalan elektrik ke laptop secara percuma, siapa pun mahu.
Continue reading »
2 comments » | Affiliate Domination