[Aff.D] Day 0

Hari ini bermula dengan sesuatu yang baru. Setelah beberapa hari berbincang mengenainya, saya dan Damien (bukan nama sebenar) bersetuju untuk merancang sesuatu dan bertindak terus. Setelah beberapa hari memikirkan benda yang sama, membaca artikel yang berkaitan dan menerima beberapa nasihat, saya pun menerima pelawaan Damien dengan hati terbuka.

old-town

Pagi ini, bersama otak yang masih segar saya menggendong beg biru besar di bahu. Langkah ini penuh semangat menuju ke arah Kedai Kopi Old Town. Baru kali kedua saya menjejakkan kaki dengan penuh gaya di sini walaupun jaraknya dari rumah saya hanyalah sepelaung sahaja.

Di sana Damien telah pun menunggu bersama laptop yang telah sedia terbuka. Air coklat sejuk saya juga telah tersedia seperti mana yang saya pesan tadi. Kami pun memulakan perbincangan seusai saya menekan butang ‘on’ pada laptop saya. Perbincangan 3 jam ini memang bermanfaat ditambah dengan air coklat sejuk yang enak. Ia diserikan lagi dengan penggunaan internet dan bekalan elektrik ke laptop secara percuma, siapa pun mahu.

Diskusi mengenai artikel-artikel Howie, seorang IM international yang terkenal yang telah dibaca oleh Damien memang menarik minat saya untuk mendengar lebih lanjut. Tentang link wheel, tentang ilmu-ilmu daripada Warrior Forum, backlink daripada web 2.0 dan macam-macam. Saya turut memuat turun beberapa artikel yang boleh saya jadikan guideline untuk meneruskan usaha ini.

Kami juga berbincang mengenai beberapa idea baru, rasanya otak yang tadi kosong telah penuh berisi. Beberapa idea turut bercambah dan difikirkan bersama sehinggalah satu resolusi tercapai. Kami akan run projek sendiri yang berlainan (sementelah saya telah mempunyai satu profitable niche) namun menggunakan method yang sama seperti yang diajar di dalam ebook Howie.

Nampaknya, kami bakal menjadi pelanggan tetap di ruang Kedai Kopi Old Town selepas ini. Peluang untuk surf laman internet secara percuma lagi sambil berbincang tentang profitable niche selama 3 jam tentu tak akan dilepaskan. Jadual harian adalah seperti di bawah:

  1. Day 1: Keyword research
  2. Day 2: Setup blog
  3. Day 3: 2 Web 2.0 linking
  4. Day 4: 3 Web 2.0 linking
  5. Day 5: Article submission
  6. Day 6: Press release
  7. Day 7: Video

Itu sahaja untuk kali ini. Doakan agar saya berjaya melaluinya sambil menambah pengalaman sedia ada. Jika tiada update di blog ini, kamu boleh ketuk saya terus di ruangan komen. Kata sahaja secara telus, saya tak akan menjadi millionaire jika saya tidak mahu bertindak!

*picture credited to SloppyChic.com

Category: Affiliate Domination | Tags: , , , 2 comments »

2 Responses to “[Aff.D] Day 0”

  1. titan

    em..tahniah. benda ni, kalau kita tau target kita dan tahu cara nak capai target tu. Insya-Allah..kita akan dapat..

    [Reply]

    kakeru Reply:

    Hurmm..orait! Yg penting kita bertindak!! :D

    [Reply]


Leave a Reply



Back to top